Memang tidak mudah untuk bangun pada awal pagi yang masih gelap, tetapi jangan bimbang jika anda tidak sempat menyediakan sahur untuk keluarga. Mari belajar cara-cara untuk membuat pes ibu sambal di rumah supaya anda dapat menggunakannya segera pada bila-bila masa. Memang sangat berguna dan menjimatkan masa terutamanya buat wanita yang bekerja. Pes sambal yang dibuat sendiri ini lebih sihat kerana tiada bahan pengawet!
- Tempoh penyediaan: 10minit
 - Tempoh memasak: 25minit
 
Bahan-bahan Pes Ibu Sambal
Bahan kisar
- 1 cawan cili kisar
 - 2 biji bawang besar
 - 1 biji bawang putih
 - 1 sudu besar udang kering
 - 1 cm halia
 
Bahan lain
- 1/2 cawan air asam jawa
 - 2 sudu besar gula merah
 - 1 sudu besar gula pasir
 
Cara Membuat Pes Ibu Sambal
- Kisar dahulu semua bahan kisar di atas.
 - Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tersebut.
 - Masukkan 1/2 sudu gula pasir (tujuannya supaya sambal berwarna merah yang cantik dan cepat kering atau pekat)
 - Tumis sehingga pecah minyak.
 - Kemudian masukkan air asam jawa, gula merah dan 1/2 sudu lagi gula pasir.
 - Masak sehingga pekat dan berkilat.
 - Siap!
 - Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan masa akan datang.
 
Kredit: SedapTube
Azhan.co Info Semasa, Tepat & Boleh Dipercayai
				
		
						
					
						
					
						
					