Langgan newsletter kami!
Bihun Goreng Singapore

Resepi Bihun Goreng Putih Yang Sedap

Bihun goreng adalah antara menu sarapan pagi yang biasa dijumpai di Malaysia. Ini kerana cara masakan bihun (juga dieja mee hoon atau mihun) adalah sangat mudah, simple namun tetap sedap dan mengenyangkan. Di sini kami ingin berkongsi resepi bihun goreng putih ala singapore yang sememangnya sangat popular.

Berbeza dengan bihun goreng yang biasa kita lihat, masakan bihun ini berwarna putih. Bihun ini digoreng tanpa menggunakan cili kering yang dikisar menjadi pes. Inilah yang membezakannya dengan bihun goreng biasa. Namun begitu, di sebalik warna yang ‘plain’, ia mempunyai rasa pedas sensasi yang didapati dari serbuk lada hitam. Ia juga biasa dimakan bersama sambal kicap pedas sebagai pelengkap rasa.

Jadi, adakah anda sudah sedia untuk memasak? Jom kita lihat resepi bihun goreng putih ala singapore ini.

Resepi Bihun Goreng Putih Ala Singapore

Bahan Utama
  • Sebungkus bihun – direndam atau dicelur terlebih dahulu sehingga lembut
Bahan Kisar
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia
Bahan Rencah
  • Udang kecil 250 gram (dikopek kulit udang)
  • Fish cake / fish ball dipotong kecil
  • Sayur-sayuran seperti kobis dan sawi (dipotong)
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk perasa (jika mahu)
Bahan Hiasan
  • Bawang goreng
  • Cili merah / besar diposong serong
  • Telur rebus dipotong bulat

Cara Memasak

  1. Kisar hingga halus semua bahan-bahan kisar di atas (bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering dan halia).
  2. Ambil kuali, panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Masukkan isi udang, fish cake dan fish ball.
  5. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  6. Akhir sekali masukkan seperti kobis dan sawi dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  7. Taburkan lada sulah, garam dan gula.
  8. Kacau hingga sekata dan semuanya masak.
  9. Bihun siap dimasak dan sedia untuk dimakan! Tabur bahan hiasan di atasnya semasa menghidang.

Untuk lebih sedap, makan bihun ketika masih panas bersama dengan telur mata. Untuk yang sukakan pedas, buatkan sambal kicap pedas simple untuk dimakan bersama bihun goreng ini.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: