Langgan newsletter kami!
Ayam Masak Sos Tiram

Resepi Ayam Masak Sos Tiram Dan Asparagus

Hidangan ayam masak sos tiram bersama asparagus ini cukup menyelerakan dan berkhasiat. Menu ini sememangnya sangat sesuai untuk ibu yang berkerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk memasak. Ini kerana menu ini sangat mudah disediakan dan juga sedap dimakan. Jom belajar cara-cara membuat Ayam Masak Sos Tiram sendiri di rumah.

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Sos Tiram Dan Asparagus

Untuk menggoreng ayam:

  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Baking powder
  • Sedikit gula dan garam
  • Isi ayam

Untuk membuat asparagus bersos:

  • Asparagus
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang holland

Cara Buat Ayam Masak Sos Tiram Dan Asparagus

  1. Bancuh semua bahan untuk menggoreng ayam dan celupkan isi ayam.
  2. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
  3. Kemudian, tumis bawang putih, bawang holland dan halia di dalam kuali.
  4. Setelah naik bau, masukkan asparagus.
  5. Bancuh sos tiram, kicap cair, lada sulah, gula, pati ayam dengan sedikit air lalu tambahkan ke dalam kuali.
  6. Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Siap!

Kalau anda nak tahu, asparagus ini boleh menjaga kesihatan darah dengan mengelakkan anemia, menjaga kandungan gula dalam darah dan mengawal tekanan darah. Apabila darah kita sihat, maka kulit pun akan bertambah cantik dan dapat mengurangkan alergi. Asparagus juga merupakan karbohidrat yang membebaskan tenaga dengan perlahan, jadi anda akan berasa kenyang lebih lama.

Kalau anda suka resepi ini, bolehlah buat selalu ya? Selamat mencuba!

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: