Langgan newsletter kami!

Resepi Aiskrim Choki Choki Yang Trending Sekarang

Sekarang ni tengah trending dan viral tentang aiskrim choki-choki. Sedap sangat ke aiskrim tu? Bagi yang ingin mencuba, di sini saya share cara buat aiskrim choki choki yang tersangat mudah dan sedap. Jom lihat lihat resepi di bawah.

Bahan-bahan Aiskrim Choki Choki

  • Choki-choki
  • Susu pekat 1 tin
  • Susu cair 1 tin (boleh juga gunakan 1/2 tin mengikut kesesuaian)
  • Air masak 1 liter
  • Plastik aiskrim

Bahan Tambahan:

  • Secubit garam
  • 2 sudu 1/2 tepung jagung

Resepi dan Bahan Buat Aiskrim Choki Choki

Cara Membuat Aiskrim Choki Choki

Berikut adalah cara mudah membuat aiskrim Choki Choki.
1. Bancuh susu pekat, susu cair dan air masak.
2. Masukkan Choki Choki ke dalam plastik aiskrim.
3. Masukkan bancuhan susu tadi.
4. Masukkan dalam peti ais dan sehingga beku.
5. Dah siap. Senang saja kan?

Untuk mendapatkan aiskrim yang lebih sedap dan gebu, ikut cara di bawah.
1. Bancuhkan semua bahan (susu pekat, susu cair dan air masak).
2. Masukkan secubit garam dan tepung jagung, kemudian dengan api kecil.
3. Tepung jagung untuk menjadikannya lembut
4. Garam pula bertujuan membangkitkan lemak dan mencegah kembung
5. Kemudian tapis semua bahan tadi.
6. Masukkan Choki Choki ke dalam plastik aiskrim.
7. Masukkan semua bancuhan susu tadi.
8. Masukkan dalam peti ais.
9. Siap

Selamat mencuba..

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. hati2 juga dengan gula berlebihan ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: