Langgan newsletter kami!
Manhattan Fish Market George Ang

Kisah Jutawan George Ang, Lepas Manhattan Fish Market Kini A&W Pula!

Semalam saya terbaca kisah Restoran Kualiti Sdn. Bhd. (RKSB), anak syarikat milik penuh KUB Malaysia Berhad yang telah melupuskan 100 peratus kepentingannya dalam A&W (M) Sdn. Bhd kepada InterMark Resources Sdn. Bhd. (IMRSB) pada harga RM34 juta.

IMRSB adalah syarikat persendirian, yang mana pemegang kepentingan prinsipalnya adalah George Ang Choon Yan. Maknanya Georga Ang adalah pemilik baru A&W di Malaysia.

Nak tahu siapa George Ang? Ini ceritanya.

Kisah George Ang, Jutawan F&B

George Ang adalah anak kelahiran negeri Melaka yang datang ke Selangor pada tahun 1991 untuk menuntut di Sunway College. Disebabkan yuran pengajian yang tinggi, beliau bekerja part time sebagai penghantar Pizza Hut di sekitar Petaling Jaya.

Selepas tamat matrikulasi, beliau berjaya menyambung pelajarannya ke Perth, Australia dan mendapat ijazah dalam bidang perakaunan dua tahun kemudian. Namun disebabkan kos pengajian dan sara hidup yang tinggi, beliau bekerja pula sebagai tukang basuh pinggan dan pelayan di restoran-restoran di sekitar bandar Perth.

Pada tahun 1998, ketika masih bekerja sebagai seorang pegawai bank, George Ang dan seorang lagi rakannya telah membuka sebuah restoran ‘fish n chip’ The Fish Shop (franchise dari New Zeland) dengan modal hanya RM60,000. Perniagaan mereka berjalan baik sehinggalah dua tahun kemudian syarikat franchaisor mereka di New Zealand menghadapi masalah kewangan.

“Kami kemudian ambil keputusan buka sebuah restoran yang mengambil konsep yang sama seperti The Fish Shop tetapi dengan branding kami sendiri. Kami pilih nama Manhattan Fish Market untuk menarik perhatian orang. Ini kerana orang ingat ia sebuah restoran dari Amerika Syarikat dan mereka nak cuba rasa. Akhirnya bila sedap dan puas hati, mereka terus datang lagi. Ternyata strategi kami berjaya!” katanya.

Tak cukup dengan itu, George Ang juga telah dapat memiliki franchais untuk buka restoran Tony Roma’s dan Popeye’s di Malaysia. Dengan tiga buah jenama iaitu Manhattan Fish Market, Tony Roma’s, Popeye’s dan yang terbaru A&W ini, seorang budak penghantar Pizza Hut kini dah bergelar antara jutawan makanan di Malaysia.

“I have worked as a cook, a kitchen hand, a waiter and even a dishwasher. Therefore, I am not ashamed even today, if you happen to visit one of the restaurants under my care, you may just be lucky enough to have me, the waiter, serving you!” – GEORGE ANG

Salute!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: