Langgan newsletter kami!
Drama Skrin Sentuh Hati Eryna

Drama Skrin Sentuh Hati Eryna (TV1)

Skrin Sentuh Hati Eryna adalah sebuah drama bersiri lakonan Nazeera Sardi dan Naufal Hatta. Ia ditayangkan bermula 27 Julai hingga 17 Ogos 2019, pada setiap Khamis hingga Ahad jam 7 malam di TV1 RTM. Drama ini diarahkan oleh Zek Zukri dan diterbitkan oleh Bright Network Sdn Bhd.

Info Drama Skrin Sentuh Hati Eryna

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Siaran: 27 Julai – 17 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Khamis – Ahad, 7.00 malam
  • Stesen TV: TV1 RTM (Slot Widuri)
  • Penulis Skrip: Che Li
  • Pengarah: Zek Zukri
  • Produksi: Bright Network Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nazeera Sardi, Naufal Hatta, Jasmin Hamid, Kuza, Faralyna Idris, Safwan Idris, Mak Wan, Tina Rasid, Fanna Azizan

Watak Pelakon Drama Skrin Sentuh Hati Eryna

  • Nazeera Sardi sebagai Eryna
  • Naufal Hatta sebagai Ustaz Fattah
  • Jasmin Hamid sebagai Helena
  • Kuza sebagai Nur Kasih
  • Faralyna Idris sebagai Ustazah Eisya Zulaikha
  • Safwan Idris sebagai Faizal
  • Tina Rasid sebagai Amy
  • Mak Wan sebagai Mariam
  • Fanna Azizan sebagai Hanis
  • Muhangku sebagai Khusyairi
  • Che Mat Rajalawak sebagai Fendy

Sinopsis Drama Skrin Sentuh Hati Eryna

Mengisahkan tentang konflik kekeluargaan seorang anak kepada ibunya dan juga konflik percintaan yang dipenuhi dengan muslihat dan dendam.

Eryna (Nazeera Sardi) anak tunggal Datin Helena, ahli perniagaan berjaya yang telah jatuh hati dengan Khusyairi (Muhangku) seorang DJ Radio Internet. Mereka berhubung menerusi media sosial dan apabila bertemu berlaku konflik kerana Eryna baru mengetahui Khusyairi adalah OKU yang bergantung hidup dengan kerusi roda. Eryna meninggalkan Khusyairi akhirnya.

Sementara itu Ustaz Fattah (Naufal Hatta) adalah guru agama yang baru pulang dari Yaman dan mengajar Al-Quran di masjid. Dia didekati oleh Ustazah Eisya (Faralyna Idris) yang mahu menyertai kelas Al-Quran itu. Selepas 5 tahun, pintu hati Eryna diketuk oleh Fendy (Che Mat Rajalawak) namun dihalang oleh Datin Helena (Jasmin Hamid) kerana tidak mahu anaknya dipergunakan Fendy. Mereka yakin Fendy calon suami yang baik untuk Eryna. Demi Fendy, Eryna telah tinggalkan rumah dan memutuskan persahabatannya dengan kawan baiknya, Anis.

Satu hari Eryna mula rasa ditipu dan menyesal kerana mengabaikan nasihat ibu dan rakannya. Dia mahu kembali ke pangkuan mereka. Dalam diam, Datin Helena mengaturkan dengan Navin untuk menjejaki Fendy sehingga akhirnya Eryna lihat sendiri bahawa Fendy adalah ejen pelacuran.

Fendy yang ditinggalkan berdendam kepada Eryna dan ibunya. Ustaz Fattah dan keluarganya berhasrat membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran dengan pengurusan yang lebih teratur dan modul yang berkualiti. Mereka membeli bangunan dan Ustaz Fattah mendapat sokongan penuh dari ibu dan abangnya yang sangat yakin setelah Ustaz Fattah membina nama dan reputasi dari media sosial.

Sementara itu Khusyairi adalah seorang pengikut tegar Ustaz Fattah dan sering menggunakan kuliah ‘on-line’ Fattah sebagai bahan sampingan kepada pendengar siarannya.

Dendam Fendy terhadap Eryna dan ibunya memaksa dia untuk bertindak dan Eryna merasakan dia berdepan dengan ancaman dari Fendy. Helena enggan melaporkan pada polis kerana dia sudah ada rancangan sendiri memerangkap Fendy. Eryna juga malu kerana rakan-rakannya tidak sabar menghadiri ‘bachelor party’ tanpa mereka ketahui tragedi yang menimpa Eryna.

Ustaz Fattah pula merasa tertekan kerana keluarganya mula mendesak dia berkahwin dengan Ustazah Eisya. Ustaz Fattah mahu mengutamakan kelas bacaan AlQuran itu melahirkan generasi yang berilmu. Urusan perniagaan mempertemukan dia dengan Eryna dan ketampanan Ustaz Fattah membuatkan Eryna terpaut hati.

Syarikat milik keluarga Ustaz Fattah setuju berkerjasama dengan syarikat Helena bagi membina hotel patuh syariah. Eryna gembira dan mahu mengenali Ustaz Fattah dengan lebih rapat. Eryna tiba-tiba berubah dan mula meninggalkan kemungkaran. Dalam kesibukan waktu, Ustaz Fattah tetap meneruskan kuliah agamanya di media sosial dan di masjid. Kehadiran Ustazah Eisya membantu melancarkan operasi.

Ternyata Eisya jauh lebih berkelayakan dari sangkaan awal Ustaz Fattah. Sejak perkenalan dengan Fattah, Eryna mula memberi sepenuh perhatian kepada dirinya dan syarikatnya. Dia menunjukkan minatnya terhadap Ustaz Fattah namun tiada respon yang positif sehinggalah Eryna bertudung bagi menarik perhatiannya. Malangnya, Ustaz Fattah seringkali lebih mementingkan perbincangan tentang kelas Al-Quran bersama Ustazah Eisya.

Eryna cuba menunjukkan bahawa dia telah berubah namun Helena yakin ia hanyalah luaran semata-mata. Helena tahu anaknya memburu cinta Ustaz Fattah yang kini semakin selesa dengan khidmat Ustazah Eisya yang banyak membantu pengurusan kelas pengajian.

Eryna dan Ustaz Fattah semakin akrab dan mesra setelah kerap bertemu. Eryna meyakinkan ibunya dan rakan-rakan bahawa dia sudah berhijrah. Ustaz Fattah cuba menafikan yang dia telah jatuh cinta dengan Eryna tanpa dia sedari bahawa ibunya sedang mengaturkan dia dengan Ustazah Eisya.

Eryna dan Ustaz Fattah bertemu ibu masing-masing. Fendy kembali menghantui hidup Eryna dan mahu merosakkan hubungannya dengan Ustaz Fattah. Keluarga Ustaz Fattah membantah hasratnya memperisterikan Eryna. Ustazah Eisya adalah pilihannya yang membantu kerja dakwah Fattah selama ini. Eryna berusaha mendalami ilmu agama dan dia berazam untuk berhijrah sepenuhnya sehingga kehilangan kawan dan hadir musuh dengan dendam yang membara.

Keluarga Ustaz Fattah dan Eryna bertemu untuk membincangkan perihal perkahwinan yang akhirnya rahsia itu terbongkar dan melukakan hati Eisya. Helena telah menerima hidayah dan turut menjejaki anaknya namun dia tiada bimbingan hingga dihina ibu Fattah.

Ustaz Fattah dan Eryna disatukan dalam majlis pernikahan yang serba sederhana namun Eryna berdepan dengan memori lampau yang perlu diselesaikan satu demi satu. Fendy mengugut menuntut wang atau gambar lama disebarkan manakala Khusyairi pula kecewa kerana Eryna yang menghilang selama ini telah bernikah dengan sahabat baiknya.

Selepas Eryna dan Ustaz Fattah disatukan, mereka perlu menyelesaikan kemelut yang belum berkesudahan. Khusyairi, Fendy dan Ustazah Eisya masih menyimpan memori lampau dan Ustaz Fattah dengan tenang cuba menyelesaikan satu demi satu.

Eryna dan Ustaz Fattah diserang netizen dengan tohmahan, fitnah dan sebaran gambar palsu yang menggugat rumah tangga yang baru dibina. Fendy berkerjasama dengan Fify untuk merosakkan nama baik Ustaz Fattah. Helena punya bukti dan bersedia mengambil tindakan guaman ke atas mereka berdua. Adakah kemelut yang menghantui keluarga Fattah dan Eryna berakhir?

Lagu Tema / OST Skrin Sentuh Hati Eryna

  • Tina Rasid – Bahagia Kasih

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: