Langgan newsletter kami!

Coretan Sedih Steve Jobs Sebelum Meninggal Dunia

STEVE JOBS pemilik syarikat teknologi Apple Co.
Kekayaan bersih USD 10.5 Billion atau setara RM 46 Billion.
Lahir pada 24 Februari 1955.
Meninggal dunia pada 5 Oktober 2011.
Tamat usia pada usia 56 tahun.

Kata-kata terakhir Steve Job sebelum meninggal:

Dalam dunia perniagaan,
aku adalah simbol dari kejayaan,
seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan,
kerana selain kerja,
hobiku tak banyak.

Saat ini aku berbaring di hospital,
merenungi jalan kehidupanku, kekayaan,
nama, dan kedudukan,
semuanya itu tidak ada ertinya lagi.

Malam yang hening,
cahaya dan suara mesin di sekitar katilku,
bagaikan nafasnya maut kematian yang hampir pada diriku.

Sekarang aku mengerti,
seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja itu sudah cukup.
Mengejar kekayaan tanpa batas itu bagaikan monster yang mengerikan.

Tuhan memberi kita organ-organ perasa,
agar kita boleh merasakan cinta kasih yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam.
Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah — itu hanya ilusi saja.

Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup,
tak mungkin boleh ku bawa pergi.
Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku.
Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.

Katil apa yang termahal di dunia ini ?
Katil orang sakit. Orang lain boleh bukakan kereta untukmu,
orang lain boleh kerja untukmu,
tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu.
Barang yang hilang boleh didapatkan kembali,
tapi nyawa hilang tak boleh kembali lagi.
Saat kamu masuk ke bilik bedah,
baru kamu sedari bahawa betapa berharganya kesihatan itu.

Kita berjalan di jalan kehidupan ini.
Dengan berlalunya waktu,
suatu saat akan sampai tujuan.
Bagaikan panggung pentas pun,
tirai panggung akan tertutup,
pentas telah berakhir.

Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah hubungan kasih antara keluarga,
cinta akan suami isteri dan juga kasih persahabatan antara teman.

HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA,
ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: