Langgan newsletter kami!

Cara Masak Pulut Kuning Cepat Tanpa Kukus

Berikut dikongsikan sedikit tips cara memasak pulut kuning ekspress, namun hasilnya masih sama seperti dikukus.

Bahan-bahan Memasak Masak Pulut Kuning

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Pewarna kuning
  • Asam keping

Cara-cara Memasak Masak Pulut Kuning

  1. Cuci beras pulut dahulu sehingga bersih
  2. Kemudian rendam dengan sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit selama 2 jam
  3. Jangan lupa masukkan juga 1 asam keping. Tujuan asam keping adalah supaya lekat warna kuing pada beras pulut.
  4. Selepas itu, buang asam keping dan kemudian masukkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam rice cooker
  5. Sukatan air adalah sama seperti memasak nasi. Pastikan sukatan air yang dimasukkan sama paras dengan pulut.
  6. Setelah mendidih gaulkan pulut tersebut supaya tidak berkerak di bawahnya
  7. Biarkan sehingga masak

Selamat mencuba! Pulut kuning ini sesuai sangat dimakan bersama rendang ayam dan daging, kari ayam ayam, daging dan kambing, malah sambal ikan bilis pun sedap.

 

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: