Langgan newsletter kami!
Pengawas Sekolah

Tips Soalan Temuduga Pengawas Sekolah

Menjadi pengawas sekolah merupakan satu pencapaian bagi seorang murid atau pelajar sekolah. Ini kerana pengawas selalunya terdiri dari mereka yang cemerlang sama ada dari segi akademik, sahsiah, kepimpinan dan kokurikulum. Namun begitu tidak dinafikan pengawas mempunyai tanggungjawab yang besar dan menjadi harapan guru serta ibu bapa.

Ciri-Ciri Seorang Pengawas

  • Anda mesti bersikap jujur dan tidak pentingkan pujian.
  • Seorang pengawas mestilah berani memberi soalan dan jawapan yang difikirkan baik.
  • Seorang pengawas haruslah bersikap positif dan terbuka bagi memberi sebarang tindakan.
  • Anda harus berani dan sanggup menghadapi masalah, cabaran serta risiko.
  • Anda mestilah terdiri daripada orang yang amanah sehingga dapat memikul tanggungjawab.
  • Anda tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri.

Berikut pula adalah beberapa panduan dan tips temuduga sekiranya nama anda di’shortlisted‘ atau tercalon untuk dilantik sebagai pengawas sekolah.

Soalan Temuduga Pengawas Sekolah

Maklumat Diri Pelajar
  • Ceritakan tentang diri anda.
  • Mengapa anda berminat untuk menjadi seorang pengawas?
  • Mengapa anda memilih untuk menjadi pengawas?
  • Apakah keputusan peperiksaan?
  • Adakah anda aktif dalam bidang kokurikulum?
  • Jika dilantik, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada pihak sekolah?
  • Bolehkah anda datang awal untuk menjalankan tugas-tugas harian?
  • Bolehkah anda menghadiri program-program yang dijalankan pada waktu cuti sekolah?
  • Adakah anda mempunyai pengalaman menjadi pengawas sebelum ini?
  • Adakah anda pernah memegang jawatan-jawatan lain sebelum ini?
  • Berikan 3 ciri-ciri seorang pengawas yang ada pada diri anda?
Ujian Kebolehan Penyelesaian Masalah
  • Apakah tindakan anda sekiranya dibuli semasa menjalankan menjalankan tugas?
  • Anda dikehendaki bertugas mengawasi perhimpunan pagi, apakah tindakan anda sekiranya kawan karib anda sendiri tidak mengikuti arahan anda?
  • Ceritakan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.
  • Adakah anda perlu upah, nama, atau gelaran?
  • Apa tindakan anda bila melihat rakan anda melakukan kesalahan disiplin?
  • Bagaimanakah tindakan anda jika rakan anda melawan anda jika mereka ditegur?
  • Apa patut anda lakukan jika anda didapati bersalah kerana tidak mejalankan tugas?
  • Pada pendapat anda, jelaskan ciri-ciri pengawas yang dianggap sebagai berkaliber.
  • Berikan 2 guru disiplin yang anda kenal?
  • Apakan masalah yang bakal dihadapi oleh seorang pengawas?
Pengetahuan Undang-undang Sekolah
  • Sebutkan dua tugas pengawas.
  • Apa makna peraturan?
  • Apa kaitannya peraturan dengan disiplin?
  • Mengapa sekolah perlu menjaga disiplin murid?
  • Bolehkah anda nyatakan dua peraturan kelas?
  • Ketika dalam perhimpunan sekolah, apakah disiplin yang paling utama perlu dijaga?

Semoga ia menjadi panduan berguna buat murid-murid dan pelajar sekolah. Perlu diingatkan, soalan-soalan ini hanya sebagai panduan sahaja dan penemuduga boleh mengubah soalan-soalan di atas mengikut kesesuaian.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. I can use this tips all thank you

  2. thank you bagi tips iv pengawas ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: