Langgan newsletter kami!
Pendoa Yang Ikhlas

Telefilem Pendoa Yang Ikhlas (TV1)

Pendoa Yang Ikhlas adalah sebuah telefilem drama hasil adaptasi cerpen karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Telefilem berunsur keagamaan ini diarahkan oleh Wan Afzam Wan Daud dan dibintangi oleh Bohari Ibrahim, Adibah Noor dan Zahiril Adzim. Ia akan ditayangkan pada 27 Oktober ini jam 9.00 malam di TV1 RTM.

Info Telefilem Pendoa Yang Ikhlas

  • Waktu Tayangan: 27 Oktober 2019 (Ahad), 9.00 malam
  • Stesen TV: TV1 (RTM)
  • Penulis Skrip: Amin Mashyur
  • Pengarah: Wan Afzam Wan Daud
  • Terbitan: Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • Senarai Pelakon: Bohari Ibrahim, Adibah Noor, Zahiril Adzim, Fatimah Abu Bakar, Che Kem, Azman Hassan

Sinopsis Pendoa Yang Ikhlas

Mengisahkan tentang kehidupan Haji Tamin iaitu seorang imam dan jurunikah. Selain pekerjaannya itu, Haji Tamin juga sangat aktif dalam arena politik di kampungnya. Urusan keluarga dan anak-anak digalas oleh isterinya yang sentiasa menyokong minat dan kecenderungan beliau.

Akan tetapi, langit tidak selalunya cerah. Kasih sayang seorang anak terhadap bapanya menyebabkannya menyuruh bapanya berhenti bekerja sebagai jurunikah di kampung kerana bapanya sudah tua. Perkara itu membuatkan Haji Tamin berada di dalam dilema.

Apakah yang membuatkan Haji Tamin terlalu berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai imam dan jurunikah? Sama-sama kita saksikan kisah ini nanti.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: