Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan telefilem menarik bertajuk “Kari Kumari” arahan Zizan Nin yang bakal menemui penonton pada Isnin, 1 September 2025, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2 serta boleh juga distrim secara langsung di RTMKlik.
Maklumat Telefilem Kari Kumari
- Tajuk: Kari Kumari
- Waktu Siaran: Isnin, 1 September 2025, 9:00 malam
- Rangkaian: TV2 / RTMKlik
- Penulis Skrip: Azal Ezreen
- Pengarah: Zizan Nin
- Produksi: RD Pictures Sdn Bhd
- Pelakon: Wanns Ahmad, Pashini Kesavan, Kuna Muzani, Anne Abdullah, Gusion Lal, Sugar Sugus
Sinopsis Telefilem Kari Kumari
Telefilem ini mengisahkan tentang Kumari, seorang gadis kampung yang penuh semangat dan berani mengejar impian di kota metropolitan. Berbekalkan harapan untuk mengubah nasib, Kumari berhijrah ke Kuala Lumpur demi mencari pekerjaan. Namun, harapannya musnah apabila dia gagal dalam sesi temuduga.
Takdir mempertemukan Kumari dengan Kak Saleha, seorang peniaga kedai makan. Bermula dari situ, Kumari mula membantu di kedai tersebut. Dengan kepakarannya memasak kari yang enak dan istimewa, kedai Kak Saleha mula mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Nama Kumari semakin dikenali dan bakatnya dalam masakan menjadi buah mulut orang ramai.
Dalam masa yang sama, hadir Jijoe, seorang jejaka yang menaruh hati pada Kumari dan menyatakan hasrat untuk memperisterikannya. Namun, impian mereka berdepan cabaran apabila emaknya, Kak Mun, seakan tidak merestui hubungan itu kerana tidak menyukai Kumari.
Adakah cinta dan semangat Kumari untuk mengubah hidupnya akan berjaya menempuh dugaan ini? Semuanya bakal terjawab dalam Kari Kumari hanya di TV2.