Langgan newsletter kami!
Ikut Jejakmu TV1

Telefilem Ikut Jejakmu (TV1)

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada 9 November 2019, satu telefilem khas akan ditayangkan di TV1 RTM. Telefilem Ikut Jejakmu ini dibintangi oleh Amir Nafis, Azhan Rani dan Lia Natalia serta diarahkan oleh Amie Maziah.

Info Telefilem Ikut Jejakmu

  • Tarikh Tayangan: 9 November 2019 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 malam
  • Stesen TV: TV1 (RTM)
  • Pengarah: Amiemaziah Abdul Rahman
  • Produksi: Arie Zaharie Production
  • Senarai Pelakon: Azhan Rani, Lia Natalia, Amir Nafis, Adik Adib Haziem Johan, Awang Karim Abdul Kadir dan Datu Hazriel Datu Atik

Sinopsis Telefilem Ikut Jejakmu

Mengisahkan tentang kisah realiti masyarakat di sebuah perkampungan atas air yang didiami oleh kaum Bajau Laut di Sabah. Pada zaman awalnya penduduk di sini tiada beragama dan telah didatangi oleh beberapa pendakwah Islam.

Salah seorang pendakwah yang sampai di sini ialah Ustaz Yusof. Walau bagaimanapun, usaha Ustaz Yusof mengajak masyarakat di sini menerima Islam telah gagal dan beliau telah terbunuh. Surau yang dibinanya telah dibakar dan dia terkorban bersama beberapa orang yang sedang bersolat di situ. Salah seorang yang turut terkorban ialah ibu kepada Udin, isteri kepada Marwan.

Marwan, seorang yang tidak mahu menerima Islam dan sangat berdendam kepada pendakwah terutama yang dinamakan ‘ustaz’.

Beberapa tahun kemudian Ustaz Firdaus telah datang ke kampung tersebut dengan tujuan menurut jejak ayahnya Ustaz Yusof. Ustaz Firdaus merahsiakan bahawa dia adalah anak kepada Ustaz Yusof kerana Ustaz Firdaus sudah mengetahui bahawa usahanya juga mungkin akan gagal.

Ustaz Firdaus mula mengajak masyarakat kampung itu untuk mendekatkan diri dengan agama secara berdiplomasi dan menyesuaikan diri dengan adat resam masyarakat di situ. Pak Masdil ialah bapa kepada Marwan merupakan ketua kampung di situ yang menerima Islam dan bersama-sama mengajak masyarakatnya menjalani kehidupan cara Islam.

Jumlah masyarakat perkampungan air itu telah semakin bertambah memenuhi surau. Udin juga sudah pandai mengaji Al-Quran, bersolat dan melafazkan azan. Marwan tidak senang hati apabila ramai penduduk di situ sudah mulai bersolat dan mendekati Islam.

Marwan dan kawannya Alang serta beberapa orang yang lain telah memukul Ustaz Firdaus. Pak Masdil membawa Ustaz Firdaus pulang ke rumahnya dan pada malam tersebut Udin menemani Ustaz Firdaus.

Dendam Marwan terhadap Ustaz Firdaus tidak dapat dibendungnya lagi dan pada malam itu Marwan telah menikam seorang yang sedang tidur yang disangkanya Ustaz Firdaus. Namun, orang yang dibunuh oleh Marwan itu adalah Udin, anaknya sendiri.

Marwan meraung, merintih dan menyesal kerana dendamnya telah menjadi padah. Kejahatan Marwan itu akhirnya menyebabkan anak kesayangannya terbunuh di tangannya sendiri. Selepas tragedi itu, masyarakat perkampungan atas air itu mendapat iktibar bahawa kehidupan harus diteruskan dalam suasana yang harmoni.

Namun masihkah ada kesempatan untuk Marwan bertaubat? Ikuti kesudahannya di TV1 RTM.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: