‘Berdua’ merupakan tajuk telefilem yang akan menemui penonton pada hujung minggu ini, Sabtu, 22 Februari 2020, jam 9 malam di TV1 RTM. Telefilem ini adalah hasil arahan Wan Afzam Wan Daud dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM. Ia dilakonkan oleh pelakon veteren terkenal Faizal Hussein, Sangeetha Krishnasamy, Gambit Saifullah, Che Kem, Zaidi Omar dan ramai lagi.
Info Telefilem
- Tarikh Tayangan: 22 Februari 2020 (Sabtu)
- Waktu Siaran: 9.00 malam
- Stesen TV: TV1 RTM
- Slot: Panggung RTM
- Penulis Skrip: Amin Masyhur
- Pengarah: Wan Afzam Wan Daud
- Produksi: Unit Drama TV RTM
- Senarai Pelakon: Faizal Hussein, Sangeetha Krishnasamy, Gambit Saifullah, Che Kem, Zaidi Omar, Aidaruyati, Zarul Umbrella, Roslan Saleh, Sherry Aljefri, Yusran Hashim
Watak Pelakon
- Faizal Hussein sebagai Al
- Sangeetha Krishnasamy sebagai Sutera
- Gambit Saifullah sebagai Papot
- Che Kem sebagai Farouk
Sinopsis Telefilem Berdua TV1
Sutera merupakan peguam yang telah menyebabkan Al dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Akan tetapi, beliau cuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dengan membuat rayuan daripada pihak mahkamah terhadap kes Al. Mahkamah bersetuju dengan rayuan Anum dengan syarat Al perlu menjalani parol dan dibuang daerah selama beberapa tahun.
Al yang menjalani parol di kampung tersebut mengaplikasikan pembelajaran yang diperolehinya semasa di penjara untuk meneruskan kelangsungan hidup. Beliau membuat kerja-kerja kampung seperti membaiki kerosakan perkakasan elektrik, menjadi tukang paip, membersihkan kebun dan sebagainya dengan menawarkan harga yang berpatutan. Hal itu tidak disenangi oleh beberapa penduduk lain yang sering memperlekehkan kredibiliti beliau sebagai bekas banduan.
Pertemuan Al dan Sutera secara tidak sengaja terjadi apabila berlaku litar pintas di pusat khidmat masyarakat yang memaksa Sutera untuk mendapatkan khidmat juruelektrik. Seorang anak murid beliau meminta Al untuk membantu membaiki masalah tersebut. Detik itu menjadi permulaan kepada perhubungan mereka.
Kehadiran Papot yang merupakan seorang lagi bekas banduan yang telah dipenjarakan oleh Sutera atas kesalahan juvana menimbulkan konflik antara mereka. Papot sangat mengidolakan keperibadian Al sepanjang berada dipenjara. Melihat kemesraan antara Sutera dan Al menimbulkan ketidaksenangan hati Papot yang ingin membalas dendam terhadap Sutera.