Langgan newsletter kami!

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui sama ada taubat kita telah diterima oleh Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya.

Berikut adalah beberapa tanda bahawa taubat kita kemungkinan besar telah diterima Allah SWT.

  • Merasakan di dalam diri masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
  • Hati lebih tenteram dan suka mendekati alim ulama dan orang-orang yang soleh dari mendekati orang-orang yang fasik.
  • Merasakan di dalam diri telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
  • Sentiasa sibuk untuk menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun tidak sibuk menguruskan rezeki di dunia yang telah dijamin oleh Allah.
  • Sungguhpun sedikit rezaki diterima di dunia namun dia tetap melihatnya banyak, sebaliknya walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap merasa sedikit.
  • Sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: