Langgan newsletter kami!
Helping Hands
helping hands

Senarai Bantuan Badan Kerajaan Untuk Ibu Tunggal & Bapa Tunggal

Dalam hidup ini, kadang kala anda melalui kepahitan yang membuatkan anda rasa buntu. Kehilangan pasangan hidup mungkin memeritkan, tetapi anda tidak perlu menanggungnya terlalu lama. Bangkitlah dan dapatkan sokongan daripada pihak-pihak tertentu yang telah diberi tanggungjawab untuk membantu anda.

Semoga Senarai Bantuan Badan Kerajaan Untuk Ibu Tunggal & Bapa Tunggal ini dapat membantu anda meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Anda boleh terus berhubung dengan badan dan agensi di bawah sama ada melalui telefon, e-mail atau datang sendiri ke pejabat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung bantuan yang ditawarkan dan bagaimana cara untuk memohonnya.

Baitulmal Majlis Agama Islam Kuala Lumpur

  • Alamat:
    Bahagian Baitulmal
    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
    Aras 1, 7, 9-11, Bangunan Perkim No. 150,
    Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
  • Telefon: 03 – 4047 9444

Jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Bantuan Am Persekolahan
  3. Bantuan Perniagaan
  4. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  5. Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
  6. Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)
  7. Bantuan Segera
  8. Bantuan Al-Riqab
  9. Bantuan Am Pelajaran IPT
  10. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
  11. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan
  12. Bantuan Ramadhan
  13. Bantuan Perubatan
  14. Bantuan Perkahwinan
  15. Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
  16. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  17. Bantuan Musibah
  18. Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
  19. Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan
  20. Bantuan Tuisyen
  21. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  22. Bantuan Pertanian
  23. Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
  24. Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU
  25. Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
  26. Bantuan Guaman Syarie
  27. Bantuan Persediaan IPT
  28. Bantuan Takaful Asnaf

Bahagian Sektoral, Unit Ekonomi Negeri Pejabat SUK Selangor

  • Alamat:
    Pejabat Sektoral,
    Tingkat 5, Bangunan SSAAS,
    40503, Shah Alam, Selangor

Jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Permohonan Dana Industri kecil
  2. Program ‘blue print’ Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor
  3. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin

Baitulmal Majlis Agama Islam Sarawak

  • Alamat:
    Tabung Baitulmal Sarawak,
    Bangunan Baitulmal, Lot 71, Seksyen 8,
    KTLD, Jalan Haji Muhamad Kassim,
    93400 Kuching, Sarawak
  • Telefon: 082-415563 (Talian Umum) / 082-233224 (Talian Kutipan Zakat) / 082-255375 (Talian Agihan Zakat)
  • Faks: 082-253786
  • Emel: [email protected]

Jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Bantuan kewangan kepada golongan miskin
  2. Bantuan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi
  3. Bantuan Pengajian Sekolah Rendah/ Menengah (Yuran/Kelengkapan Persekolahan)
  4. Bantuan Pengajian Ke Timur Tengah
  5. Bantuan Pengajian IPT Bidang Agama
  6. Bantuan Pengajian Sekolah Agama/ Arab
  7. Bantuan Pengajian Maahad Tahfiz Al-Quran
  8. Bantuan Kertas Projek (Tesis)

Jabatan Bantuan Guaman (JBG)

  • Alamat:
    Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman (JBG),
    Jabatan Perdana Menteri,
    Aras 1, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang,
    Presint 3, 62692 Putrajaya
  • Telefon: 03-8885 1000
  • Faks: 03-88851829 / 1830 / 1831

Jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Bantuan guaman dan khidmat nasihat kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam semua perkara undang-undang
  2. Mewakili atau memberikan bantuan guaman dalam prosiding di semua mahkamah
  3. Khidmat pengantaraan
  4. Kesedaran undang- undang kepada masyarakat tentang hak mereka di bawah undang-undang

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  • Alamat:
    Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18,
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4, 62100 Putrajaya
  • Telefon: 03-8000 8000
  • Faks: 03-8323 2045

Jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Skim Bantuan Negeri – adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Di antara jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah Bantuan bulanan kepada  warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, OKU, tanggungan banduan pusat tahanan dan pesakit. Bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah Sekaligus, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan, Bantuan Am, Bantuan Cermin Mata, Bantuan Geran Pelancaran, Batuan Latihan Perantis, Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institut Pengajian Tinggi, Bantuan Membaiki Rumah dan Bantuan Serta Merta.
  2. Skim Bantuan Persekutuan – Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar, bantuan latihan Perantis dan Bantuan Am Persekutuan. Bantuan sekaligus pula ialah Bantuan Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

  • Alamat:
    Mahkamah Syariah Wilayah
    Persekutuan Kuala Lumpur
    Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)
  • Telefon: 03-22739112 / 03-22738112

Jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Khidmat nasihat dan perundangan
  2. Bantuan pendahuluan dana nafkah penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah
  3. BSK Transit (menyediakan perkhidmatan rumah)

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Alamat:

  • Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
    Aras 23-25 No. 55 Persiaran Perdana,
    Presint 4, 62100 Putrajaya

No. Telefon Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN):

  • WP Kuala Lumpur: 03-26922004
  • Selangor Tel: 03-55118891
  • Perlis Tel: 04-9778400
  • Kedah Tel: 04-7322855 / 7322881
  • Pulau Pinang Tel: 04-2274993 / 2286245
  • Johor Tel: 09-2242299
  • Kelantan Tel: 09-7741005
  • Melaka Tel: 06-2922172
  • N. Sembilan Tel: 06-7632859
  • Pahang Tel: 09-5681950
  • Perak Tel: 05-2531320
  • Terengganu Tel: 09-620334
  • WP Labuan Tel: 087-426418

Jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Program Peningkatan Kemahiran dan Pendapatan
  2. Bantuan untuk Kesejahteraan Emosi

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

  • Alamat:
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    Blok E8, Kompleks E,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62604, Putrajaya
  • Telefon: 03-8884 6000 / 03-7723 7070
  • Faks: 603-8888 8431
  • Emel: [email protected]

Jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Skim Perlindungan Murid
  2. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  3. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
  4. Skim Bantuan Tuisyen (SBT)
  5. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
  6. Program Susu Sekolah (PSS)
  7. Program 3K3C
  8. Bantuan Awal Persekolahan

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

8 comments

  1. Boleh ke memohon bantuan utk mereka yg mmpunyai ank,tpi berstatus bujang ?.. Mohon pencerahan .. T ksh ..

    • Saya Ibu tunggal mempunyai 3org anak yang masih kecil.tetapi status saya masih bujang..saya perlukan bantuan 0176609754
      Mohon bantuan segera kerana anak2 saya masih kecil yg sulung umur 5thn,no2 3thn dan no3 5bulan..Anak tak berdosa ini perlukan bantuan.

  2. Malida Binti mawang

    Memohon bantuan sebagai ibu tunggal

  3. Am a single mother from Malaysia struggling to complete my dream hotel for my only son (14 years old), as he can have better life when he grow up..
    Need RM700,000.00 to complete it.. Nobody helping.. Last steps, i have no choice but to write to everybody who can affort to help us..
    Our Hotel is boutique type, Hotel 80% complete and left 20% to complete.. Civil and Structure works complete.. left fittings and cleaning works.. Final touch up..
    Our Hotel have 48 rooms , 24 rooms seaview 27sq.m per room & 24 rooms townview 30sq.m per room.. we have king bed room, 2 super single room, family room (1 king and 1 super single) and connecting rooms… This Hotel is located at Langkawi Island, Malaysia
    My contact is 0060162776601

  4. Noorhazawaty bt Abd Kadir

    Saya seorang ibu tunggal yang mengalami sakit schzoprenia(sakit mental)..saya menghidap penyakit ini selama 2tahun..mempunyai 2 tanggungan anak yang masih bersekolah..tidak mempunyai pekerjaan kerana tidak boleh bekerja kerana bergantung kepada ubat ubatan serta suntikan pd setiap bulan..harap dapt membantu saya sekeluarga..no tel saya-0179792389-

  5. Mohd yusrizal bin mohd yusof

    Adakah bapa tunggal yang mempunyai anak yang tak sah taraftaraf dapat memohon bantuan kewangan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. 01111021598

  6. WAN NORAINURSUHA BINTI WAN OTHMAN

    Sy juga seorang ibu tunggal mempunyai 2org anak yg masih kecil.. sy pernah cuba mohon bantuan dr jkm tp tak pernah lulus… Kata org di pejabat tu, sy tak layak dpt bantuan utk ibu tunggal krn sy masih muda.. mmg sy masih muda tetapi skrg sy yg bekerja di warung tepi jalan ni harus menanggung 2org anak dan juga ayah kandung sy.. jd sy ingin memohon apa2 saja bantuan agar dpt meringan kan sedikit perbelanjaan utk menampung keluarga saya.. jika mana2 pihak yg sudi membantu sy boleh hubungi sy 0179214008@0143904775..

  7. Mohd Anuar bin Khaiffullah

    Assalamualaikum,saya bapa tunggal yg menjaga Lima orang anak ,dengan pendapatan rm1200,saya pernah mohon dijkm Negeri Sembilan tapi tak dilayan,dia siapa yg membantu saya ,baru kehilangan ic kali kedua,barangan dapur pembelanjaan harian anak2 kesekolah kadang ada kadang takde,maggi jela makanan kami jika brgan dapur habis,motor yg tak berbyr,tunggakkan api air,buntu saya taktahu mn g nk cari duit,gaji bulanan tak mencukupi.sy tk berharap ,Sy mohon pada Allah swt agar ada yg sudi membantu saya Dan ank2.nuamerul 01136591709

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: