Langgan newsletter kami!
PRU 15 Bapa Segala Pilihan Raya 1024x649 1

Sembang Politik PRU15 – Nak Pilih Parti Mana?

Bahang pilihan raya umum makin terasa. Semua parti politik Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA) telah mengutarakan calon-calon mereka untuk menjadi wakil Parliman seluruh negara.

Apabila kita berbincang tentang kemenangan sebuah parti, perkara penting kita perlu bertanya siapakah calon Perdana Menteri (PM) mereka. Dengan keadaan ekonomi yang amat meruncing di tahun 2023, kita perlukan PM yang memiliki kemampuan menguruskan dengan baik demi kebaikan rakyat dan negara.

Parti Bertanding PRU 15

Calon PM BN – Datuk Ismail Sabri/ Datuk Zahid Hamidi
Calon PM GTA – Tun Mahathir
Calon PM PH – Datuk Seri Anwar Ibrahim
Calon PM PN – Tan Sri Muhyiddin Yasin

Jika dilihat pada kajian, calon PM BN iaitu Datuk Ismail Sabri amat rendah peratus sokongan padanya kerana dilihat lemah dan bukan bersifat seorang ‘fighter’. Datuk Zahid lagi rendah sokongan padanya kerana isu mahkamah dan gaya kepimpinan yang tidak disenangi.

Begitu juga pada calon PM GTA iaitu Tun Mahathir, faktor usia dan kesihatan sukar baginya untuk mengurus negara dengan baik.

Justeru itu calon PM dari BN dan GTA terkeluar daripada kelayakan sebagai PM yang mampu uruskan negara dengan baik dalam hadapi krisis. Namun calon-calon yang baik yang dilihat boleh membawa perubahan pada rakyat dan negara sama ada daripada BN dan GTA perlu didukung dan diberi kepercayaan mewakili kawasan parliman yang ditandinginya.

Tinggal dua calon PM yang miliki kelayakan untuk menjadi PM iaitu dari PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dari PN Tan Sri Muhyiddin Yasin. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Datuk Seri Anwar miliki daya seorang pemimpin yang hebat namun isu-isu peribadi, golongan liberal sekelingnya serta DAP yang terpalit dengan perkauman yang bersamanya menimbulkan kebimbangan dan kecurigaan untuk majoriti orang Melayu dan umat Islam menyokongnya.

Beliau serta PH perlu menampilkan dan menjelaskan dengan baik agar segala kebimbangan dan kecurigaan tersebut hilang pada orang Melayu Islam.

Namun dengan kemunculan pengundi baru di kalangan orang muda yang ramai memberi kelebihan padanya kerana ramai kalangan orang muda yang kurang peka isu perkauman, liberal dan peribadi. Mereka hanya melihat PM dan parti yang boleh menguruskan negara dengan baik serta tiada rasuah.

Tan Sri Muhyiddin juga mempunyai daya kepimpinan yang hebat dan disenangi ramai rakyat hatta golongan muda, tiada isu peribadi, tiada terpalit kebimbangan golongan liberal dan perkauman DAP, didukungi golongan Ulama yang berada dalam PAS.

Gabungan PAS dan BERSATU membentuk PN adalah yang terbaik untuk terajui negara, keduanya saling memerlukan kerana masing-masing ada kekuatan. PAS miliki ulama dan jentera yang kuat dalam gerak kerja PRU namun tika ini tiada tokoh yang boleh dicalon menjadi PM, adapun BERSATU tiada memiliki jentera yang kuat tetapi ada calon PM yang baik dan mereka yang berpengalaman mentadbir negara.

Jika PAS bergabung dengan BN, ia akan membawa masalah dari sudut kepimpinan untuk menjawat jawatan PM kerana Datuk Ismail Sabri atau Datuk Zahid tiada punyai kelayakan untuk memegang jawatan tersebut walaupun memiliki mereka-mereka yang berpengalaman tadbir negara.

Buat pilihan yang terbaik sebagai pengundi yang bertakwa dan matang demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

Wallahulam.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: