Langgan newsletter kami!

Resepi Tradisi Masala Vadai (Wadey)

Berikut adalah resepi kueh vadai. Ada juga yang panggil vadei/masala vadai/wadey.

Bahan-bahan Kueh Vadai (Vadei)

  • 2 cawan kacang dhal (rendam semalaman atau lebih kurang 4 jam)
  • 1 biji bawang besar (cincang kasar atau dipotong dadu)
  • 2 batang lada hijau atau merah (cincang)
  • 3 batang lada kering (hiris/gunting halus)
  • 3 helai daun kari (hiris/gunting kasar)
  • 2 sudu teh biji jintan manis
  • 2 sudu teh pati ikan bilis (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Memasak Vadai (Vadei)

  • Kisar halus atau tumbuk kesemua 3/4 kacang dhal tersebut menggunakan blender kering.
  • Campurkan kacang dhal yang telah dikisar dan tidak dikisar di dalam satu mangkuk. Jadi teksturnya ada yang berbiji sedikit bila sudah bercampur.
  • Masukkan semua bahan seperti bawang, cili merah, jintan manis, daun kari dan garam secukup rasa.
  • Kemudian gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak masak. Gaul sehingga sebati.
  • Letakkan sesudu penuh bancuhan di telapak tangan kemudian bulat-bulatkan dan bentukkan leper sedikit. Sedikit tips, boleh guna sarung tangan plastik atau basahkan tapak tangan agar kacang dhal tidak melekat pada tangan.
  • Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan. Sila pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng agar vadai tidak bertaburan semasa menggoreng.
  • Hidangkan dengan cili hijau.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: