Langgan newsletter kami!
Spaghetti Udang Telur Masin

Resepi Spaghetti Telur Masin Yang Sedap

Pernah tak anda makan udang goreng mentega telur masin atau ketam goreng mentega telur masin? Menu ini cukup popular di kedai makanan laut kerana rasanya yang rangup berlemak.

Bagi yang tidak gemar atau tidak boleh memakan makanan laut, mari cuba buat spaghetti telur masin yang mudah dan menyelerakan. Ia mempunyai rasa seakan-akan spaghetti aglio olio tetapi tidak memerlukan sos khas untuk memasak.

Bahan-bahan Resepi Spaghetti Telur Masin

Hidangan ini adalah untuk seorang makan.

  • 2 genggam spaghetti, rebus dan toskan
  • 1 biji telur masin, direbus dan dilenyek
  • Udang mengikut citarasa, dikupas kulit
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 3 tangkai cili api, dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • 100ml susu penuh krim
  • 1 sudu besar mentega

Cara Memasak Spaghetti Telur Masin

  1. Panaskan kuali dan masukkan mentega.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api.
  3. Setelah garing sedikit dan naik bau, masukkan udang dan biarkan udang masak.
  4. Kemudian, masukkan daun kari.
  5. Masukkan pula telur masin yang telah dilenyek tadi dan kacau sehingga rata.
  6. Seterusnya, masukkan susu dan kacau lagi.
  7. Akhir sekali, masukkan spaghetti yang telah direbus tadi dan kacau rata. Siap!

Resepi ini tidak memerlukan garam kerana sudah cukup masin. Anda boleh menambah lada hitam jika anda suka. Selamat mencuba.

Kredit: azhafizah.com

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: