Langgan newsletter kami!
Hasil Spaghetti Setelah Dibakar

Resepi Spaghetti Bakar Ala Arab Yang Sedap

Resepi Spaghetti Bakar ini adalah asal dari Arab Saudi. Ia dikongsi oleh pembantu yang pernah bekerja di sana selama 8 tahun. Resepi ini adalah kegemaran orang sana katanya. Saya pernah share resepi ini dulu dan ada yang mencuba, tetapi rasa spaghetti yang dibuat tidak sedap. Rupanya susu yang digunakan adalah susu cair. Tubular spaghetti pun ditukar kepada macaroni!

Hmmm.. Tak boleh guna susu cair atau susu segar tau! Rasa dia akan jadi lain. Kena guna susu tepung nespray atau fernleaf yang ‘full cream’. Baru rasa dia macam gunakan keju, sedap dan tak muak. Nak pakai pasta jenis lain pun boleh sebenarnya, tetapi jenis tubular adalah spaghetti yang paling sedap untuk resepi ini.

Jadi kali ini saya akan tunjuk details cara membuat Spaghetti Bakar Ala Arab Yang Sedap. Memang best resepi ini dan cara nak buat pun sangat senang dan mudah. Makan ketika panas sedap, makan time sejuk pun sedap. Anda juga boleh juga tabur chili flakes di atasnya (ala domino pizza) atau dimakan dengan sos cili (Orang Melayu dengan sos cili tak dapat dipisahkan).

Ingat! Yang penting, gunakan susu tepung full cream & tubular spaghetti.

Bahan-bahan Resepi Spaghetti Bakar Ala Arab

Bahan A
  • 500gm Tubular spaghetti direbus
Bahan B
  • 800 gm – 1 kg daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang daun ketumbar /daun sup – dihiris
  • 2 batang cili hijau dipotong bulat (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk ketumbar
  • Sedikit serbuk jintan putih

Cara Memasak:
Kisar kesemua bahan iaitu bawang besar, bawang putih dan halia. Daging pula digoreng tanpa minyak, masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar & serbuk jintan. Bila daging sudah empuk, masukkan garam, daun ketumbar dan hirisan lada.

Bahan C
  • 2 cawan susu tepung
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 200 gm butter
  • 1 sudu besar lada putih ditumbuk
  • 1.5 liter air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk, kacau dan biar mendidih. Tutup api.

Bahan B Daging Cincang
Bahan B Daging Cincang
Bahan C (Sos)
Bahan C (Sos)
Bahan D
  • 2 Biji tomato potong bulat (Saya tak letak)
  • 2 Biji telur rebus di potong bulat (Saya tak letak)
  • Sedikit parsley/oregano/mix herbs

Cara Memasak/Melapis:

  1. Ambil 3/4 dari Bahan C, gaulkan dengan spaghetti (Bahan A).
  2. Ambil separuh spaghetti yang sudah bergaul ini, masukkan ke dalam mangkuk Pyrex.
  3. Letak daging cincang (Bahan B), kemudian ratakan.
  4. Susun tomato dan telur (Bahan D). Masukkan separuh lagi spaghetti, tuang baki sos tadi (1/4 Bahan C).
  5. Tabur parsley/oregano/mix herbs.
  6. Bakar menggunakan suhu 180’c sehingga sos nampak sedikit garing.
Lapisan Pertama
Lapisan Pertama
Lapisan Akhir
Lapisan Akhir
Pasta Yang Berlubang Lubang Ni Sangat Sesuai
Pasta Yang Berlubang-lubang Ni Sangat Sesuai
Hasil Spaghetti Setelah Dibakar
Hasil Spaghetti Setelah Dibakar

 

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Maaf nak tanya, 2 cawan susu tepung tu maksudnya susu yg dah dicampur air ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: