Langgan newsletter kami!
Cara Memasak Sardin Masak Kentang

Resepi Sardin Kentang, Citarasa Versatile

Ikan sardin masak apa sedap? Ikan sardin dalam tin sememangnya sedap dimakan tidak kiralah dengan nasi putih, roti canai mahupun dimakan bersama roti. Jika dijadikan lauk untuk nasi, tidak lengkap rasanya jika ikan sardin dimasak kosong sahaja. Tambahan kentang tentunya akan menjadikan lauk sardin lebih sedap dan lebih lengkap. Yela kan ada orang yang tak boleh makan nasi dengan lauk sahaja, mesti nak kena ada sayur juga seperti kentang.

Jadi jom kita lihat resepi sardin dimasak bersama kentang seperti di bawah. Simple dan sedap!

Resepi Sardin Kentang

Bahan-bahan Resepi Sardin Masak Kentang
  • 1 tin ikan sardin (saiz besar)
  • 3 biji kentang – dipotong dadu saiz sedang dan perlu digoreng dahulu
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat
  • 5 biji lada cili padi – dipotong menyerong
  • 4 sudu besar cili giling
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1/2 inci halia – diketuk
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 biji tomato – dihiris
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Air asam jawa
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara Memasak Sardin Kentang

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan lada cili padi sehingga garing.
  3. Masukkan cili giling dan biarkan sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan ikan sardin, sos ikan, tomato dan kentang yang telah digoreng tadi.
  5. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan sedikit air asam jawa.
  7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  8. Sesuaikan rasanya.
  9. Kacau dan biarkan sebentar.
  10. Siap! Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Tips Memasak Sardin Kentang

  • Boleh juga gunakan asam gelugor sebagai ganti kepada air asam jawa.
  • Jangan abaikan bahan seperti halia dan serai kerana ia boleh menghilangkan bau hanyir ikan sardin dalam masakan.
  • Semasa masukkan isi ikan sardin, kacau dengan perlahan-lahan kerana isi ikan sardin mudah hancur.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: