Langgan newsletter kami!
Simple Sandwich Tuna

Resepi Sandwich Tuna Yang Sangat Sedap

Sandwich sememangnya makanan yang digemari kebanyakan orang. Sandwich tuna merupakan salah satu hidangan yang sangat sesuai dimakan tidak kira sama ada ketika sarapan mahupun ketika ‘on-the-go‘. Ringkas, mudah, sedap dan tentu sekali mengenyangkan.

Di sini, kami ingin berkongsi resepi sandwich tuna yang sedap. Kebanyakan orang yang pernah mencuba resepi ini rata-rata memuji ianya sedap dan mempunyai kelainan dengan sandwich segera yang dijual di kedai-kedai roti atau stesen minyak.

Bahan-bahan Resepi Sandwich Tuna

  • 1 tin tuna chunk ‘in olive oil’ atau ‘in sunflower oil’
    (Pilih jenama Ayam Brand untuk dapatkan tuna yang berkualiti)
  • 1/2 biji bawang holland (bawang besar) – dipotong dadu kecil
  • 2 cawan mayonis
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • secubit garam (untuk lebih masih boleh tambah lagi garam)
  • beberapa keping daun salad
  • beberapa hiris tomato
  • sebuku roti putih Gardenia
  • sapuan butter/margerin untuk roti

Bahan tambahan (optional)

  • 1/2 biji capsicum merah
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 4 biji cili padi (jika suka pedas) atau cili merah (untuk versi kurang pedas) – dipotong dadu kecil & dibuang biji
  • Green coral, red coral dan iceberg lettuce (untuk salad) – dihiris

Ayam Brand Tuna Chunks Olive Oil

Simple Sandwich Tuna

Cara Membuat Sandwich Tuna

  1. Masukkan tuna in olive oil ke dalam mangkuk.
  2. Tuna perlu ditapis minyaknya terlebih dahulu dan dilenyek kasar.
  3. Campurkan bawang holland yang telah siap dipotong dadu.
  4. Jika suka, masukkan juga capsicum merah dan capsicum hijau yang telah didadu.
  5. Campurkan mayonis dan gaul rata semua bahan.
  6. Bila mayonis dan bawang sudah digaul sekata, taburkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  7. Gaul semula hingga rata dan sebati.
  8. Sapukan butter atau margerin pada 2 keping roti.
  9. Sapukan sebatian tuna tadi pad sekeping roti pertama.
  10. Letakkan salad (green coral, red coral, iceberg lettuce) dan tomato di atas sekeping lagi roti yang lain.
  11. Kapit kedua-dua keping roti tadi.
  12. Buangkan tepi roti yang keras.
  13. Kemudian potong sandwich kepada 2 keping atau 4 keping agar lebih cantik dan senang dimakan. Potongan roti 4 segi atau 3 segi adalah mengikut citarasa masing-masing.
  14. Ulang sehingga habis sebuku roti atau mengikut keperluan sahaja.
  15. Siap!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: