Langgan newsletter kami!
Resep Sandwich Telur Mayonis

Resepi Sandwich Telur Ala Hotel Yang Sedap

Sandwich Telur sememangnya makanan ringkas yang digemari ramai. Ia sangat sesuai dimakan ketika sarapan dan minum petang. Jika anda selalu ke Hotel kerana menghadiri seminar, latihan atau sebagainya, resepi sandwich telur ini sememangnya adalah favorite hotel. Rasanya sungguh versatile dan sememangnya anda tak akan puas dengan hanya makan sekeping sandwich sahaja!

 

Bahan-bahan Sandwich Telur Ala Hotel

  • Roti putih – buang bahagian tepi roti dan potong roti mengikut citarasa
    (disyorkan guna roti yang berkualiti seperti Gardenia atau High 5)
  • 5 biji telur rebus – dikupas kulit dan diparut
  • 5 sudu besar Mayonis
  • 1/2 biji tomato – hiris dadu
  • 1/4 biji timun – hiris dadu
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam
  • Butter – disapu pada roti

 

Cara-cara Membuat Sandwich Telur Ala Hotel

  1. Parut telur rebus terlebih dahulu.
  2. Masukkan mayonis dan gaul sebati dengan telur yang telah diparut.
  3. Masukkan gula dan garam, secukup rasa.
  4. Masukkan tomato dan timun kemudian gaul hingga sebati.
  5. Sapukan roti dengan butter.
  6. Sapukan inti sebatian telur rebus ke atas roti.
  7. Tutup dengan sekeping lagi roti.
  8. Untuk lebih sedap boleh tambah sekeping cheese.
  9. Simple! Sandwich telur siap untuk dimakan.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: