Langgan newsletter kami!
Buat Sandwich Simple

Resepi Sandwich Ayam Mayonis Yang Sedap

Resepi Sandwich Ayam | Sandwich ialah makanan yang terdiri dari dua potong roti yang menyepit daging, sayur dan keju serta ditambah perasa makanan atau sos sehingga menjadikannya lebih enak untuk dinikmati. Permukaan roti biasanya disapu dengan sedikit mayonis, mentega, marjerin atau minyak zaitun yang berfungsi sebagai pelekat dan penambah bau.

Di negara bukan makanan asasinya nasi, sandwich biasanya dibawa ke sekolah atau ke pejabat di dalam kotak yang disebut lunchbox atau di dalam beg kertas berwarna coklat yang disebut ‘brown bag’ (sandwich bag) untuk dinikmati sebagai makan tengah hari. Sandwich juga dibawa sebagai makanan sewaktu berkhemah, berkelah, mendaki gunung atau aktiviti luar rumah.

Di Malaysia, sandwich banyak dinikmati ketika sarapan pagi dan minum petang. Ia juga sangat popular sebagai makanan ‘potluck’ semasa jamuan di pejabat. Di Indonesia pula, sandwich juga dikenali sebagai roti lapis. [wikipedia]

Bahan-bahan Resepi Sandwich Ayam

  • Roti keping
    (Disyorkan guna roti yang berkualiti seperti Gardenia atau High 5)
  • 500 gram isi ayam
    (Boleh gantikan dengan daging ayam kisar Ramly)
  • 1 biji bawang besar – dipotong dadu
  • Sos tiram dan sos lada hitam secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Air secukupnya

Bahan-bahan Salad Sandwich

  • Tomato, timun dan apa-apa sayur kegemaran seperti daun salad / lettuce
  • Mayonis
  • Keju keping (Cheese)

Cara Buat Sandwich Ayam Mayonis Yang Sedap

  1. Rebus isi ayam dengan api yang kecil supaya ayam masak dengan perlahan-lahan. Tujuan menggunakan api yang kecil adalah supaya isi ayam tidak menjadi terlalu keras apabila sudah masak nanti.
  2. Apabila sudah masak, toskan isi ayam tadi. Racik semua isi ayam menjadi kecil.
  3. Kemudian, panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Tumis bawang besar sampai naik bau.
  4. Tambahkan garam, sos lada hitam dan sos tiram mengikut citarasa. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
  5. Kacau sehingga kering. Sekarang, siaplah inti sandwich.
  6. Campurkan daging ayam yang telah dimasak tadi bersama salad yang dah dipotong kecil. Gaulkan dengan mayonise hingga sebati.
  7. Sapukannya di atas roti.
  8. Boleh tambah keju/cheese untuk sandwich yang lebih sedap.
  9. Sandwich ayam mayonis siap untuk dimakan.

Sandwich Sedap Buat Sandwich Simple

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: