Langgan newsletter kami!
Sandwich Sardin

Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Mudah & Sedap

Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Sedap. Menarik bukan tajuknya? Sebut saja sandwich tentu anda akan terbayang roti gebu yang diapit dengan inti sardin yang lazat. Tentunya banyak ada cara untuk membuat sandwich sardin. Bukan tangkap muat saja tau!

Bahan-bahan Sandwich Sardin

  • 1 tin sardin saiz besar
    (Pilihlah sardin yang berkualiti seperti sardin cap ayam brand atau king cup)
  • 1 biji limau nipis
  • 2 labu bawang besar
  • 5 tangkai cili padi dihiris halus (Jika anda suka pedas)
  • 1 biji timun (dikupas kulit dan dihiris nipis)
  • 1 ikat daun salad
  • Sedikit mentega
  • 4 sudu besar mayonis
  • 1 buku roti gardenia
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukupnya

Cara Membuat Sandwich Sardin

  1. Buka tin sardin dan sejatkan kuahnya. Resepi ini hanya menggunakan isi sardin sahaja tanpa kuah.
  2. Dengan teliti, pisahkan tulang sardin dengan isi.
  3. Hancurkan isi sardin dengan garfu dan ketepikan.
  4. Kupas bawang besar dan cincang dadu.
  5. Panaskan minyak dan tumis bawang tersebut sehingga naik bau
  6. Kemudian masukkan isi sardin yang telah dihancurkan tadi.
  7. Perahkan limau nipis ke dalam bahan tumisan tadi sambil kacau rata secara perlahan-lahan sehingga menjadi sedikit garing.
  8. Perasakan dengan secubit garam. Boleh tambah lada sulah dan cili padi jika suka.
  9. Setelah inti sardin masak, angkat dan gaul dengan mayonis.
  10. Sapu mentega pada roti dan letakkan inti sardin, timun dan daun salad.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: