Langgan newsletter kami!

Resepi Rahsia Pulut Mangga Sedap

Seperti juga resepi pulut durian yang dikongsi dalam entri sebelum ini, pulut mangga pada asasnya tidaklah banyak beza dengan pulut durian. Malah ada yang mengatakan hanya tukar durian dengan mangga dah jadi pulut mangga. Ok, mari kita lihat resepi pulut mangga yang ringkas.

 

Bahan-bahan / Resepi Pulut Mangga

  • Buah mangga yang sudah masak (lebih sedap jika guna mangga gred tinggi seperti mangga harum manis)
  • Beras pulut
  • 3 helai daun pandan
  • 1 pek santan
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Gula mengikut citarasa. Boleh gunakan gula kasar, brown sugar atau gula merah.

 

Cara Penyediaan Pulut Mangga

A) Tanak Pulut Dahulu
Dikongsikan tips dan cara mudah menanak pulut.

  1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk nasi.
  2. Masukkan juga 1 cawan air dan 1 sudu besar minyak masak. Mungkin ada yang tak biasa tambah minyak semasa memasak pulut. Sebenarnya tujuannya adalah untuk buatkan pulut tu nampak lebih berkilat dan kurang melekit.
  3. Pastikan sukatan air yang dimasukkan sama paras dengan pulut itu.
  4. Kemudian, masaklah seperti biasa.

B) Kuah Santan

  1. Seterusnya, masak kuah untuk pulut tersebut.
  2. Masukkan 1 pek cawan santan sederhana pekat. Boleh tambah 1/2 sudu teh garam ikut citarasa sendiri.
  3. Tambahkan daun pandan untuk lebih harum.
  4. Apabila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit dengan air.
  5. Bila sudah agak pekat tutup api.

C) Pulut Mangga Siap Untuk Dimakan
Hidangkan seperti di gambar. Cara menikmatinya ialah dengan tuangkan santan ke atas pulut. Tambahkan hirisan mangga disisinya. Nyum nyum..

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: