Langgan newsletter kami!

Resepi Nasi Goreng Tuna

Bahan-bahan Untuk Nasi Goreng Tuna

  • 2 pinggan nasi sejuk
  • 1 tin tuna flakes in oil
  • 2 sudu besar cili giling
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis

Nasi Goreng Tuna

Cara-Cara Memasak Nasi Goreng Tuna

  1. Masukkan tuna dalam bekas berasingan, tapis dan toskan minyaknya
  2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menumis
  3. Masukkan bawang putih dan kacau sehingga wangi
  4. Masukkan cili giling dan kacau lagi sehingga naik minyak
  5. Masukkan tuna ke dalam kuali dan kacau sehingga tuna bercampur dengan cili
  6. Masukkan sedikit garam, gula dan buah tomato yang telah dihiris
  7. Masukkan nasi dan kacau sehingga rata
  8. Kacau lagi sehingga nasi goreng masak sepenuhnya
  9. Asingkan nasi goreng ke dalam pinggan dan masukkan telur
  10. Selitkan telur pada tepi kuali supaya telur masak
  11. Kacau semuanya sehingga betul-betul rata
  12. Nasi goreng tuna kini siap untuk dimakan

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: