Nasi ayam merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Menu ini sangat versatile, simple dan sangat mudah didapati di mana-mana. Sebut saja pasar malam, shopping mall, food court, cafe pejabat malahan di kantin sekolah, hampir semua ada menjual nasi ayam. Untuk lebih ‘premium’ lagi, cubalah rasa nasi ayam di The Chicken Rice Shop. Memang sedap, maklumlah signature dish katakan.
Namun untuk mendapatkan nasi ayam yang sedap agak susah sebab mungkin tekak kita sudah selalu makan nasi ayam. Ada nasi ayam yang mana ayamnya sedap tetapi sos pula tak berapa kena. Ada pula yang sos atau sambil lada sedap tapi kuah sup pula terlebih masin. Lagi parah bila lauk ayam, sup dan sambal lada semua sedap namun nasi pula keras dan tiada aroma.
Jika anda sedang mencariĀ Resepi Nasi Ayam Paling Sedap, jom tinjau resepi ini. Mungkin inilah resepi nasi ayam terbaik dan sesuai dengan selera anda.
Resepi Nasi Ayam
1) Resepi Nasi
Bahan-bahan Nasi
- 3 cawan beras (hidangan untuk 6-7 orang)
- 2 ulas bawang putih –Ā dihiris/ditumbuh halus
- 1 inci halia – dihiris/ditumbuh halus
- Kiub pati ayam (atau 4 1/2 cawan air rebusan ayam)
- Bay leaf (daun salam) atau daun pandan (untuk wangi) – disimpul
- Lemak dan kulit ayam
- Air rebusan ayam
- Serbuk kunyit (untuk warna kuning)
Cara Memasak Nasi
- Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi di atas dapur dan tutup.Ā Lemak ayam inilah sebenarnya ‘rahsia nasi ayam sedap‘ dalam pembuatan nasi ayam. Untuk kesan terbaik, gunakan lemak di bahagian bontot ayam dan kulit ayam.
- Setelah lemak bertukar menjadi minyak, buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
- Kemudian masukkan bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam.
- Seterusnya masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air rebusan ayam tadi akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tersebut.
- Pindahkan ke periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.
2) Resepi Ayam
Ayam perlu diperap terlebih dahulu sebelum dimasak.
Bahan-Bahan Perapan Ayam
- Ayam
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk
- 1 sudu madu
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap pekat
- 1 sudu minyak bijan – pilihan
- Sedikit lada sulah
Cara Memasak Ayam
- Cuci ayam dengan bersih di bawah air yang mengalir.
- Rebus ayam hingga separa masak.
- Campurkan semua bahan tadi ke dalam satu mangkuk. Masukkan sedikit garam bagi anda yang suka masin namun jangan berlebihan sebab sos tiram sudah masin.
- Perap ayam selama 15 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak betul-betul panas baru masukkan ayam untuk digoreng.
- Goreng ayam selama 5 – 7 minit sahaja. Selain digoreng, ayam juga boleh di’gril’ dalam oven atau panggang atas arang.
Cara Memasak Ayam Ala Hainan
- Ratakan kiub pati ayam yang telah dihancurkan pada rongga-rongga dan kulit ayam dan perap selama 1-2 jam. Boleh juga gunakan serbuk pati ayam.
- Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk kukus atau kuali dan kukus selama 30 minit dengan api yang tinggi atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Gunakan kayu penyepit untuk menyucuk isi ayam untuk memastikan ayam telah masak sepenuhnya.
3) Sambal Lada
Bahan-bahan Sambal Lada
- 12 – 13 tangkai cili merah
- 2 biji buah tomato
- 3 sudu besar cuka
- 3 sudu kecil garam halus
- 4 sudu besar gula pasir
Cara Memasak Sambal Nasi Ayam
- Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender dan kisar sehingga hancur.
- Sesuaikan rasa cuka, garam dan gula
- Sedia untuk dihidangkan.
4) Sambal Kicap
Sambal atau lebih mudah disebut kuah kicap untuk nasi ayam adalah mudah dan simple.
Bahan-bahan
- Air rebusan ayam / kuah sup
- Kicap cap kipas udang
Cara Penyediaan Kuah Kicap
- Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
- Untuk kuah yang lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
5) Kuah Sup
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam – buang kulit dan potong 4
- 1 biji bawang besar kuning – dihiris
- 3 bawang putih – dihiris
- 2 inci halia – dihiris
- Sup bunjut
- Sedikit bawang goreng
- Daun sup
- Garam
Cara Memasak Sup
- Tumis hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan sup bunjut hingga wangi.
- Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.
- Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak.
- Masukkan garam dan sedikit perasa.
- Tutup api dan keluarkan ayam.
- Semasa hendak dihidangkan, tabur bawang goreng dan daun sup.
Tips Nasi Ayam Sedap
- Kebanyakan peniaga nasi ayam memasukkan lemak ayam ke dalam nasi walaupun ia dianggap kurang menyihatkan. Inilah sebenarnya kunci kepada kesedapan nasi ayam yang dihasilkan kerana lemak ayam akan memberikan aroma yang harum.
- Kunci kesedapan nasi ayam oleh peniaga Melayu pula ialah penggunaan daun pandan yang dimasukkan ketika memasak untuk nasi dan campuran madu untuk perapan ayam.
menu best .. time tak puasa pada bulan puasa (gegirl only)