Langgan newsletter kami!
Kueh Cek Mek Molek

Resepi Kuih Cek Mek Molek Warisan Pantai Timur

Kuih Cek Mek Molek adalah antara kuih tradisi Melayu yang bukan sahaja mudah disediakan, malah sedap dimakan. Kuih Cek Mek Molek ini amat popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Ia disajikan tidak kira waktu, sama ada untuk sarapan pagi ataupun sebagai minum petang.

 

Bahan-bahan Kuih Cek Mek Molek

  • 900 gram keledek (direbus terlebih dahulu dan dilecek)
  • 3 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Gula untuk buat inti
  • Minyak masak untuk menggoreng

 

Cara Membuat Kuih Cek Mek Molek

  1. Campurkan keledek dengan tepung gandum dan secubit garam. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Goreng hingga kekuning­-kuningan dan angkat apabila sudah masak.

Cara Membuat Cek Mek Molek Kueh Cek Mek Molek

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Best sgt kuih ni..buat bnyk2 lps tu frozen dlm fridge..blh mkn bila2 suka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: