Langgan newsletter kami!
Kuah Ikan Bakar

Resepi Kuah Ikan Bakar Ala Food Court

Pernahkah anda makan ikan bakar yang dijual di medan selera (food court) di shopping mall? Rasanya memang sedap, versatile dan kena dengan selera kebanyakan orang.

Sebenarnya kuah ikan bakar tersebut sangat mudah disediakan. Malahan kita sendiri boleh membuatnya di rumah. Ianya juga sesuai untuk dijadikan kuah semasa acara BBQ bersama seisi keluarga.

Bahan Kuah Ikan Bakar Ala Food Court

A) Bahan Kisar

  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Cili kering yang direbus (anggaran 20 tangkai)
  • Sedikit belacan

B) Bahan Tambahan

  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukup rasa
  • Air asam jawa
  • Daun limau purut – dihiris

Cara Membuat Kuah Ikan Bakar Ala Food Court

  1. Kisar dahulu semua bahan kisar (A) di atas.
  2. Ambil kuali dan panaskan minyak.
  3. Tumis semua bahan kisar.
  4. Setelah naik bau, masukkan garam, gula melaka, air asam jawa dan hirisan daun limau purut.
  5. Adjust rasa dan tambah garam dan gula melaka mengikut citarasa masing-masing.
  6. Kuah ikan bakar siap.

Tips Kuah Ikan Bakar Ala Food Court

  1. Kuah ikan bakar ini boleh juga digunakan untuk digaul bersama udang, sotong dan makanan laut yang lain.
  2. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk digunakan kemudian hari.
  3. Sesuai digunakan bersama pemanggang ajaib dan balut ikan bersama aluminuim foil.

Selamat mencuba!

Kredit Resepi: Rosliza Salleh

Ikan Bakar Dalam Foil Aluminium

Resepi Kuah Ikan Bakar

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: