Bahan-bahan Kerabu Seafood
- 300g seafood
Boleh campur ikut citarasa anda. Cadangan:
– 100g sotong dihiris bulat
– 100g udang dibersihkan
– 50g isi ikan merah dihiris
– 50g jejari ketam dihiris
– Boleh juga tambah isi kerang atau kupang jika mahu - 1 biji tomato (dibuang biji dan dipotong memanjang)
- 1 batang lobak merah (dihiris memanjang)
- 2 ulas bawang merah (dihiris halus)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
- 5-7 biji cili padi (dihiris halus)
- Daun sup dan daun ketumbar (dihiris halus)
- 5 sudu besar jus limau nipis
- 3 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar gula
- Sedikit suhun (glass noodles)
Cara Memasak Kerabu Seafood Sotong dan Udang
- Rebus seketika suhun sehingga lembut dan toskan.
- Rebus udang dan sotong yang telah dibersihkan. Anggaran masa merebus adalah 1-2 minit sahaja kerana jika terlebih masak, udang dan sotong akan menjadi keras dan liat. Kemudian toskan.
- Dalam mangkuk yang lain, campurkan sos ikan, jus limau nipis, gula, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Kacau hingga sebati.
- Gaul semua bahan tersebut dengan lauk udang dan sotong sehingga sebati. Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas.
- Hiaskan dengan taburan daun ketumbar, daun bawang dan hirisan cili merah.
- Kerabu seafood salad siap yang paling sedap siap untuk dihidang!