Langgan newsletter kami!
Siakap Stim Limau

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai

Bahan-bahan Resepi Siakap Stim Limau

  • Seekor ikan siakap saiz sederhana besar
    (Sebenarnya ikan lain selain siakap pun boleh contohnya ikan bawal, tetapi mungkin ikan siakap mempunyai rasa yang lebih sedap dengan resepi masak stim)
  • 1 inci halia (dipotong kasar atau memanjang)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 kiub pati ayam
  • garam, serbuk perasa dan sedikit gula
  • 2 sudu sos ikan (optional)
  • sedikit sos tiram (optional)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris besar)
  • 3/4 biji limau nipis/limau kasturi (diperah dan diambil airnya sahaja tanpa biji)
  • 2 biji cili merah (dihiris kecil)
  • 5-6 biji cili api (dihiris kecil) – untuk lebih pedas boleh tambah lagi
  • Daun ketumbar dan salad (untuk hiasan)
  • Cili merah (untuk hiasan)

 

Cara Memasak Ikan Siakap Stim Limau

  1. Bersihkan ikan siakap dan sapukan dengan sedikit garam.
  2. Kukus ikan dengan sedikit air selama 15 – 20 minit bergantung kepada saiz ikan.
  3. Sementara menunggu ikan siakap masak, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang dan halia. Kacau sehingga sedikit layu.
  4. Kemudian masukkan air sebanyak mana yang anda mahu untuk dijadikan kuah. Jika anda penggemar makanan berkuah, boleh lebihkan air tetapi disarankan sebanyak 2
  5. cawan air.
  6. Masukkan cili api, terus kacau perlahan-lahan.
  7. Masukkan ikan siakap.
  8. Bila ikan dah masak dan semua bahan tadi sudah layu tuangkan jus limau, garam dan perasa serbuk.
  9. Kacau sebati dan siram ikan dengan kuah secara perlahan-lahan agar ikan tidak hancur. Biar merenih sedikit.
  10. Angkat ikan dan sedia untuk dihidangkan. Hiaskan dengan taburkan daun ketumbar dan salad.

 

Video Cara Masak Siakap Stim Limau

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. sedap masakan faveret saya ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: