Langgan newsletter kami!
Fish Cake Sedap Dan Mudah Dimasak

Resepi Fish Cake Homemade

Walaupun bukan lagi seorang kanak-kanak, saya masih gemar makanan ringan seperti bebola udang, fillet ketam dan kek ikan (fishcake). Setiap kali ke pasar malam saya pasti akan singgah membelinya dalam kuantiti yang sedikit sebab saya tahu makanan ini tidak bagus untuk penghadaman.

Pertama kali saya lihat orang membuat fishcake sendiri di rumah adalah di dalam kaca tv, iaitu sebuah rancangan realiti Korea. Sedap dan sihat nampaknya! Mereka gunakan isi makanan laut yang segar bugar dan makan panas-panas selepas sahaja menggoreng.

Kalau anda nak buat fishcake sendiri di rumah, ini dia resepi fish cake yang paling mudah dan sedap untuk dicuba. Lepas ini tak perlulah risau kalau nak makan fishcake sebab dah boleh buat homemade!

Bahan-bahan Untuk Buat Fish Cake

  • 500 gram isi ikan tenggiri segar
  • 3 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit serbuk pati ikan bilis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 cawan air sejuk

Cara Memasak Fish Cake

  1. Ambil isi ikan tenggiri tanpa kulit dan kisar halus menggunakan mesin pemproses makanan.
  2. Kemudian, masukkan sedikit air sejuk. Kisar lagi dan masukkan garam serta serbuk lada sulah dan serbuk pati ikan bilis.
  3. Kisar lagi dan masukkan tepung jagung pula dan kisar lagi.
  4. Panaskan periuk kukusan dan loyang berbentuk segi empat. Kalau tiada loyang, gunakan sahaja bekas makanan yang tahan panas.
  5. Lapikkan loyang atau bekas dengan plastik supaya makanan tidak melekat. Masukkan adunan ikan tadi ke dalamnya dan ratakan serta padatkannya menggunakan minyak yang disapu pada jari untuk melicinkan permukaan fishcake. Kukus hingga masak kira-kira selama 15 minit.
  6. Setelah masak, terbalikkan fishcake dan potong mengikut bentuk yang diingini.
  7. Kini masa untuk menggoreng! Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga berwarna kekuningan. Baunya pasti membangkitkan selera anda.
  8. Angkat dan toskan minyak. Fishcake anda siap untuk dihidang!
Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: