Susulan artikel Resepi Char Kuey Teow sebelum ini, kami ingin berkongsi satu lagi resepi char kuey teow. Seperti juga ejaannya yang pelbagai antaranya char kway teow, char kway tiaw, char kuey teow atau char kuetiau, resepinya juga ada pelbagai versi. Bergantung kepada tekak dan selera masing-masing.
Seperti semua sedia maklum, makanan yang berasaskan mi ini berasal dari Pulau Pinang. Resepi asalnya adalah yang digoreng kering mengikut cara orang Cina, tetapi kini resepi ini telah diubahsuai kepada pelbagai versi seperti versi Melayu yang sedikit pedas dan berkuah. Walau apapun cara asas memasak char kuey teow masih lagi sama dan tetap sedap!
Jom kita semak resepi CKT ini.
Resepi Sos Char Kuey Teow
Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, kita perlu sediakan sendiri sos char kuey teow (homemade!). Walaupun kini terdapat sos char kuey teow segera yang dijual di pasaran tentunya rasa, kesegaran (jumlah bahan pengawet di dalamnya) dan keasliannya tidak sama dengan sos yang dibuat sendiri. Tambahan pula, sos CKT homemade pasti lebih jimat, tambahan lagi jika kita memasak dalam kuantiti yang banyak.
- 2 liter air
(untuk lebih sedap, guna air rebusan udang) - 2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
- 3 sudu besar sos tiram
- 7 sudu besar sos ikan
- 7 sudu besar kicap pekat
- 1/3 cawan kicap manis
- 1 cawan sos cili
Sos ini tidak perlu dimasak. Anda hanya perlu campur kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Kemudian simpan di dalam peti sejuk dalam bekas yang bertutup. Resepi sos char kuey teow ini cukup digunakan sehingga 4 kali masak dan tahan lama.
Contoh Sos Char Kuey Teow di Pasaran Malaysia
Bahan-bahan Resepi Char Kuey Teow
Bahan Utama
- 500 gm kuey teow
- 2 cawan sos char kuey teow (seperti yang kita sediakan di atas)
- 2 sudu besar cili kisar / cili giling / cili boh
- 2 biji telur
- 1/2 sudu besar gula
- 5 ulas bawang putih – diketuk
- 1/2 ulas bawang besar – dihiris halus
- Udang (saiz besar/sederhana) – bilangan udang mengikut selera masing-masing (kebiasaannya 2-4 ekor udang bagi setiap hidangan)
- Taugeh
- 3 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
Bahan Tambahan (optional)
- Kerang
- Fishcake
- Sayur sawi
- Sayur kucai
- Limau nipis
- Cili hijau jeruk
Cara Memasak Char Kuey Teow
- Ambil kuali, masukkan minyak dan panaskan.
- Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
- Masukkan char kuey teow dan biarkan seketika sehingga mereneh.
- Apabila sudah mereneh, pecahkan telur.
- Biarkan seminit kemudian kacau rata.
- Masukkan udang dan bahan optional lain seperti kerang dan fishcake serta gula.
- Setelah udang masak, masukkan  kuey teow dan gaul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau rata.
- Tutup api. Siap!
Tips
- CKT amat sedap jika dihidangkan bersama limau nipis atau cili hijau jeruk.
- Sekiranya anda menggemari masakan pedas, boleh lebihkan cili kisar semasa proses menumis.