Langgan newsletter kami!
Resepi Cekodok Manis

Resepi Cekodok Manis Viral

Baru-baru ini viral di Facebook sejenis cekodok manis yang berbentuk seakan-akan telur. Sedap sangat ke? Sebab itu korang kena cuba buat dan rasa sendiri. Bagi yang sukakan kuih muih manis, memang sesuai dengan jiwa koranglah cekodok ni.

Resepi cekodok ini adalah hasil air tangan pemilik FB Noraz Ikha.

Bahan Untuk Resepi Cekodok Manis Viral

Bahan yang diperlukan adalah:

✔ 2 cawan air mendidih
✔ 2 cawan tepung gandum
✔ 3 sudu besar gula
✔ 1 sudu kecil garam

Cara Memasak Cekodok Manis Viral

  1. Ketika air sedang mendidih, terus curahkan ke atas tepung yang sudah digaul dengan garam dan gula terlebih dahulu. Tak perlu tunggu air mendidih terlalu lama. Jika mendidih terlalu lama dan air menjadi terlalu panas, adunan akan menjadi terlalu lembik. Tak cantik nanti isi dalam cekodok tu apabila digoreng. Asalkan air dah mendidih boleh terus matikan api. Sukat dan curahkan ke dalam tepung.
  2. Kemudian cepat-cepat adun dan kacau tepung tadi hingga sebati supaya air meresap dengan sekata. Masa ni memang perlukan kekuatan tangan sebab tepung akan menjadi semakin kental. Tak boleh adun secara lemah gemalai!
  3. Lepas tu sepantas kilat bulat-bulatkan adunan. Jangan biar sampai adunan terlalu sejuk dan kering supaya ia tidak hancur apabila digoreng. Celup tangan dengan air supaya tidak melekat adunan tadi di tangan. Kalau dah banyak sangat adunan melekat dekat tangan, bolehlah basuh tangan dan sambung kembali menggentel. Tujuannya? Biar elok licin dan tidak menggerutu pada bulatan gentelan kita tu.
  4. Tangan anda akan merasa sedikit panas ketika membuat bulatan kecil tersebut. Selang-selikan dengan mencelup tangan ke dalam air.
  5. Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, eloklah diadun sedikit-sedikit agar rata adunannya. Contohnya jika anda mahu buat 6 cawan, buatlah sedikit-sedikit, contohnya 2 cawan dan kemudian 2 cawan lagi. Ini kerana tepung itu semakin lama akan semakin kental.
  6. Gentelan bulat tu kalau boleh elok licin tak ada pecah-pecah. Sebab kalau ada yang pecah-pecah terlalu banyak, semasa goreng ia akan merekah dan tidak begitu cantik bentuknya.
  7. Semasa menggoreng pula, sentiasa gunakan api kecil saja dan sentiasa balik-balikkan sehingga warnanya keperangan. Guna api besar hanya untuk memanaskan minyak saja.

Selamat mencuba!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: