Langgan newsletter kami!
Kuih Bakar

Resepi Bingka Bakar (Kuih Bakar Pandan)

Kuih Bingka Bakar atau lebih popular dipanggil Kuih Bakar sahaja adalah kuih yang sangat sedap dimakan dan banyak dijual di pasar malam. Cara membuat kuih ini sebenarnya sangat mudah.

Bahan-bahan Kuih Bakar Pandan

  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan jus pandan (6 helai daun pandan diblend dengan air)
  • sedikit pewarna hijau
  • 1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara Membuat Kuih Bakar Pandan

  1. Kisar semua bahan kecuali bijan dan minyak masak.
  2. Sapu acuan atau loyang dahulu dengan minyak masak.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan atau loyang.
  4. Masuk acuan atau loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180’C selama setengah jam.
  5. Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar lagi selama 20 minit atau sehingga masak untuk mendapatkan permukaan yang sedikit garing.
  6. Sejukkan dan potong untuk hidangan.

Kuih Bakar

Resepi Bingka Bakar Pandan

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: