Langgan newsletter kami!
Ayam Masak Paprik Ala Thai

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap

Kali ini kami ingin kongsikan Resepi Ayam Masak Paprik yang dipopularkan dari negara jiran Thailand. Masakan ini sangat sedap dimakan untuk sajian berat seperti makan tengah hari ataupun makan malam. Ia juga selalu disesuaikan untuk dijadikan nasi goreng paprik.

Seperti kebanyakan masakan Thai yang lain, masakan ayam masak paprik ini memang kaya dengan pelbagai rasa seperti pedas, masam dan manis. Selera makan anda pasti akan terbuka bila masakan ini dihidangkan panas-panas!

 

Bahan-bahan Ayam Masak Paprik Ala Thai

A) Bahan Asas

  • 2 bahagian dada ayam – dipotong kecil
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 2 sudu makan cili kering – dikisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 1/2 inci halia – dihiris halus
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris memanjang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • Serbuk perasa/ajinomoto (optional)

B) Bahan Sayuran

  • 2 biji putik jagung – dihiris pendek
  • 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
  • sedikit bunga kobis – dipotong kecil
  • 1/2 biji lobak merah – dihiris memanjang

 

Cara Memasak Ayam Masak Paprik Ala Thai

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. Tos dan ketepikan ayam yang telah siap dimasak.
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga harum.
  3. Masukan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukan kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato kemudian kacau hingga rata.
  5. Masukan ayam yang siap digoreng tadi dan kacau lagi hingga rata.
  6. Masukan serai, air dan daun limau purut.
  7. Masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.
  8. Masukkan semua bahan sayur-sayuran dan bawang besar kemudian masak sehingga sayur sedikit empuk.
  9. Siap! Ayam masak paprik ala thai sedia untuk dimakan.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Restoren siam atau masakan ala thai ni bersepah-sepah kat negara kita ni.. tempat aku (SP) pun bersepah.. so kalau aku first time sampai mana restoren.. benda pertama nak test.. adalah nasi goreng paprik.. kalau sedap.. maka lulussss.. huhu… lulus bagi aku la nak mai balik nanti hhuhu… setengah tak pandai jadi cam cair kuah huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: