Langgan newsletter kami!
Ayam Masak Lada Hitam Blackpepper

Resepi Ayam Masak Lada Hitam (Black Pepper)

Masakan berasaskan lada hitam atau blackpepper ini sememangnya sangat terkenal dan versatile. Menu masakan lada hitam ini sangat sesuai dimasak dengan ayam, daging mahupun ikan. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi resepi ayam masak lada hitam yang sangat mudah dan telah terbukti sedap. Kalau anda tak percaya boleh cuba resepi ini.

Penyediaan bahan dan cara memasak ayam masak lada hitam tidaklah susah ataupun terlalu rumit. Ianya sangat sesuai dihidangkan buat penggemar masakan pedas. Aroma lada hitam akan memberikan anda rasa berbeza kepada masakan ini kerana kepedasannya yang berlainan iaitu rasa pedas dan hangat. Jom kita semak resepinya.

Bahan-bahan

  • 5 ketul ayam – dipotong kecil
  • 2 sudu besar sos tiram maggi
  • 1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 inci halia – dihiris memanjang (optional)
  • 2 sudu besar serbuk kunyit – untuk perapan ayam
  • Sedikit minyak masak
  • Garam dan gula

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Lada Hitam

  1. Ambil mangkuk dan perap ayam selama lebih kurang 10 minit dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Setelah ayam siap diperap, ambil kuali dan panaskan minyak masak.
  3. Goreng ayam dalam suhu sederhana selama 15 minit atau sehingga warnanya bertukar menjadi perang. Waktu menggoreng ayam adalah bergantung kepada saiz ayam tersebut.
  4. Setelah ayam masak, angkat dan ketepikan.
  5. Teruskan dengan menumis bawang besar, bawang putih dan sedikit halia dalam lebihan minyak tadi sehingga naik bau.
  6. Masukkan lada hitam dan sedikit air mengikut tahap kepekatan yang anda inginkan.
  7. Apabila kuah telah mendidih dan memekat, masukkan ayam ke dalam kuah.
  8. Biarkan kuah itu menyaluti ayam sehingga sekata dan masak sepenuhnya.
  9. Siap! Hidangkan ke dalam pinggan dan tuangkan baki kuah ke atasnya.

Hidangan ayam masak black pepper ini sungguh sedap dimakan bersama nasi putih. Ia juga sesuai dihidangkan bersama spageti, salad, kentang putar atau kentang goreng. Selamat mencuba!

Anda juga boleh mencuba masakan ayam yang lain seperti ayam masak merah dan ayam masak sambal hijau melalui artikel sebelum ini.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: