Langgan newsletter kami!
Resepi Ayam Masak Halia

Resepi Ayam Masak Halia Yang Ringkas

Masakan berasaskan halia sememangnya sedap dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Walaupun ia tidaklah sepopular masakan ayam lain seperti ayam masak merah atau ayam masak paprik, namun adakalanya kita kena mencuba menu lauk yang baru. Bak kata orang, tak cuba tak tahu! Jadi, hari ini saya ingin berkongsi resepi ayam masak halia yang telah terbukti sedap. Kalau tak percaya boleh cuba resepi ini.

Masakan ini sememangnya menjadi keutamaan ramai wanita bekerjaya. Ditambah pula dengan sifat halia yang sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat antaranya dapat membuang angin, menyingkirkan toksin dalam badan, meredakan tekanan dan memulihkan anggota dalaman tubuh. Jom kita tinjau ringkas ini, khas untuk hidangan anda sekeluarga.

Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Halia

Bahan Utama

  • Beberapa ketul ayam yang telah dipotong
  • 6 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar sos tiram (disyorkan guna Sos Tiram Maggi)
  • Sedikit atau 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • Minyak masak
  • Kiub Pati Ayam / Kiub Pati Ikan Bilis (sos tiram dah masin, letak sedikit sahaja kiub)
  • Gula, kunyit dan garam secukup rasa (garam tidak letak pun boleh, sebab dah masin dengan kiub dan sos tiram)

Bahan Hiasan

  • 1 biji bawang besar dihiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah dihiris nipis menyerong
  • satu tangkai daun bawang diracik halus

Cara Menyediakan Ayam Masak Halia

  1. Ambil kuali dan panaskan minyak dengan api sederhana.
  2. Dalam bekas yang lain, gaulkan ayam bersama garam dan kiub pati ayam.
  3. Goreng ayam tersebut sehingga separa masak, kemudian angkat dan asingkan.
  4.  Tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam yang diasingkan tadi.
  6. Seterusnya, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air bancuhan tepung jagung.
  7. Kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
  8. Masukkan bawang besar dan cili. Gaul dan masak sekejap sahaja dan angkat.
  9. Sebagai hiasan, taburkan dengan daun bawang di atasnya.
  10. Ayam masak halia siap untuk dimakan.

Selamat memasak!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: