Kuih Apam Gula Hangus memang sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang. Bagi yang berkeluarga, menikmati apam gula hangus yang gebu tentunya sesuai dengan selera anak-anak dan suami. Selamat mencuba.
Bahan-bahan Apam Gula Hangus
- 1 gelas gula
 - 1/2 gelas air
 - 1/2 gelas gula
 - 3 biji telur
 - 1 gelas santan atau susu segar
 - 2 1/2 gelas tepung gandum
 - 2 sudu teh soda bikarbonat
 - 2 sudu besar marjerin/butter
 
Cara Ringkas Membuat Apam Gula Hangus
- Cairkan gula dan setengah gelas air di dalam kuali dengan api yang kecil sehingga kekuning-kuningan. Kemudian sejukkan.
 - Pukul telur, gula dan dan marjerin/butter sehingga naik kembang. Boleh juga guna blender dengan anggara 3 minit.
 - Masukkan gula yang disejukkan tadi, tepung gandum dan soda bikarbonat kemudian kisar sekali lagi.
 - Masukkan santan atau susu segar dan gaul sebati.
 - Masukkan adunan ke dalam loyang.
 - Kukuskan selama 15 minit menggunakan acuan mangkuk plastik kecil.
 - Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.
 
Azhan.co Info Semasa, Tepat & Boleh Dipercayai
				
		

						
					
						
					
						
					