Langgan newsletter kami!
Agar Agar Santan Pandan

Resepi Agar-agar Santan Pandan

Agar-agar santan pandan memang sedap dijadikan pencuci mulut dan dimakan ketika sejuk. Ia boleh dihidangkan kepada tetamu tidak kira masa atau sebarang majlis serta sesuai untuk seisi keluarga.
 

Bahan-bahan Untuk Agar-agar Santan Pandan

  • 1 bungkus agar-­agar (rendam sehingga kembang)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 1 helai daun pandan
  • beberapa titik pewarna hijau – optional
  • beberapa titik perasa pandan (pandan essence) – optional

 

Cara Membuat Agar-agar Santan Pandan

  1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika menggunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga agar­-agar larut, hancur dan mendidih.
  3. Masukkan daun pandan, gula merah dan gula pasir. Masukkan juga sedikit perasa pandan dan pewarna hijau jika ada. Terus kacau dan biarkan mendidih.
  4. Sementara itu, pukul sedikit telur bersama santan. Kemudian tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  5. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
  6. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.
  7. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

 

Tips Membuat Agar-agar Dua Lapis

Di sini dikongsikan sedikit tips bagaimana untuk buat 2 lapisan pada agar-agar pandan. Caranya adalah, selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biarkan adunan menggelegak lama sedikit, lebih kurang dalam seminit atau lebih. Kacau perlahan-lahan adunan itu dalam 1 minit dan anda akan mendapat hasil agar-agar yang lebih cantik dan mempunyai 2 lapisan selepas sejuk nanti.

Agar Agar Santan Mudah Simple

Resepi Agar Agar Pandan Custard

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. nampak sedap agar2 santannya…mesti wangi bau pandan..

  2. Wahhh.. nampak sedap.. boleh try nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: