Penipuan Bitcoin di Malaysia semakin menjadi-jadi. Terbaru Bank Negara telah menyita Koperasi Dinar Dirham Berhad yang kini disiasat kerana ada penipuan matawang cyrptocurrency. Selain dari itu, banyak juga skim ponzi yang telah tumbuh bagai cendawan tumbuh kini. Malah skim-skim ponzi Bitcoin ini dikongsikan secara meluas di laman sosial.
Apa Itu Bitcoin?
Bitcoin adalah duit digital yang tiada beza dengan duit kertas seperti ringgit Malaysia dan lain-lain. Memang tidak dinafikan ramai yang masih sangsi dengan keaslian duit digital Bitcoin walaupun ianya sudah diterima pakai di banyak negara maju. Malah untuk setengah pembelian online kita boleh gunakan Bitcoin seperti pembelian hosting, domain website, ebook dan produk fizikal juga boleh dibayar dengan matawang kripto ini.
Malah kita juga boleh membeli bitcoin seperti membeli duit USD untuk digunakan membeli barangan di outlet-outlet yang menerima bitcoin untuk jual beli. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyimpan bitcoin di dalam akaun ‘blockchain’ yang kita uploadkan di smartphone. Pembayaran boleh dibuat di kaunter dengan hanya scan bar code bitcoin yang dipaparkan di kaunter outlet-outlet tersebut. Setiap kali pembayaran dibuat kita akan mendapat email pengesahan jumlah pembayaran yang sudah dibuat. Bitcoin boleh dibeli dari pelbagai agen ataupun exchanger, cuma kita perlu pastikan kita memilih exchanger yang sah.
Penipuan Bitcoin Yang Biasa di Malaysia
1. Bitcoin Exchange Palsu
Jika Anda jumpa iklan seperti “Beli Bitcoin 5% lebih rendah dari harga pasaran” atau “Untung besar beli bitcoin di sini”, sila jauhi dengan segera. Itu adalah salah satu strategi marketing scammer yang ingin menipu pembeli dengan ayat gula-gula “UNTUNG BESAR”, “MURAH” dan pelbagai lagi ayat pemanis yang diguna pakai.
Tanda-tanda awal dari sebuah Bitcoin Exchange itu palsu adalah domainnya. Jika hanya berawalan “http://” dan bukan “https://, maka Bitcoin Exchange itu tak memiliki protokol keselamatan yang diiktiraf dalam dunia website. Malah ada baiknya anda semak “WHOIS” pemunya website di https://who.is/
Kebanyakan website Bitcoin Exchange palsu muncul dan dipromote dengan besar-besaran untuk mendapat keuntungan dan biasanya tak bertahan lama. Banyak mangsa terdiri dari pengguna tegar laman sosial. Setelah penipuannya terbongkar atau peniagaan tidak laku, mereka akan muncul kembali dengan nama baru.
2. Bitcoin Wallet Palsu
Mereka yang membuat website jenis ini memang hebat. Apa yang dimaksudkan dengan Bitcoin Wallet Palsu ini? Website yang menipu dalam Bitcoin Wallet biasanya adalah mengatakan matawang Kripto anda mudah dicairkan di bank-bank tempatan. Contohnya “Bitcoin anda diterima terus ke Maybank” atau bank lain-lain. Ini adalah penipuan.
Pengguna boleh rugi besar jika Bitcoin yang telah dikumpulkan tiba-tiba dicuri dengan sekelip mata oleh penyedia wallet yang ternyata scam ini.
Untuk menghindari bentuk penipuan ini, Anda perlu pastikan:
- Reputasi wallet Bitcoin di kalangan para pengguna. Sila buat semak di forum-forum berkaitan.
- Cek malware jika wallet Bitcoin anda boleh didownload, kebiasaan mereka boleh mencuri private key anda.
3. Phishing
Berhati-hatilah bila anda klik link dari inbox email atau iklan di perbagai website di internet. Scammer yang menjalankan metode phishing akan mengarahkan anda ke suatu halaman palsu yang nampak seperti website rasmi kepunyaan syarikat besar. Jika sudah tertipu dengan pandangan pertama mata, anda sudah terpancing untuk mendaftar di website tipu tersebut akhirnya anda terkena malware, malah lebih teruk kehilangan Bitcoin jika ada.
Perkara penting jika anda menerima email phishing ini adalah:
- Semak siapa pengirim email tersebut?
- Hover link yang ingin anda klik. Jika link tersebut palsu, maka tulisannya tidak akan sama dengan apa yang dicantumkan dalam isi email.
- Saat anda browsing dan membuka beberapa website, jangan mudah percaya dengan ayat-ayat iklan. Tiada keuntungan yang boleh diperolehi dengan cara mudah.
4. Skim Ponzi Bitcoin
Skim Ponzi adalah bentuk scam yang berupa pelaburan yang tipu. Scammer yang menjalankan model bisnes ini mengaku boleh menggandakan duit anda dalam tempoh waktu yang sekejap, tanpa syarat apapun, hanya dengan melaburkan wang anda kepada mereka.
Dalam kes Bitcoin skim ponzi, yang dijanjikan mestilah penambahan jumlah Bitcoin anda. Karakteristik yang selalu melekat dalam penipuan berbentuk Ponzi ini adalah sistem afiliasi atau referral dengan sistem downline. Jika anda memahami risiko money game atau pernah mengikuti kes penipuan MLM, akan lebih mudah bagi anda untuk mengetahui skema Ponzi yang menjanjikan keuntungan semata-mata hanya dengan menambah afiliasi, tanpa menjual produk apapun.
Malah kini Skim Ponzi Bitcoin ini sanggup membayar orang ternama menjadi duta mereka. Malah menaja pelbagai majlis-majlis besar untuk nampak seperti mereka benar-benar tulen dan selamat. Diingatkan jangan sekali-kali percaya pada jaminan “PASTI UNTUNG” kerana itu adalah umpan Skim Ponzi.
5. Penipuan Cloud Mining
Cloud mining adalah tempat berkumpulnya pencari Bitcoin yang berkongsi hashpower. Di sini, mereka yang tidak punya cukup resource dapat mengumpulkan dana untuk menyewa hash berteknologi tinggi yang diperlukan untuk Bitcoin mining.
Perlu diingat di sini, tidak semua cloud mining adalah scam, akan tetapi hampir 90% daripada cloud mining adalah scam atau penipu. Bahkan yang menipu ini tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada pengguna, jika ada untung pun cukup untuk bayaran menyewa mining. Modus operasi meraka hanya menggunakan wang anda untuk menjadi modal pembelian hash berteknologi tinggi. Seterusnya keuntungan sudah tentu kepada mereka.
memang banyak risiko bitcoin ni. kena pikir panjang kalau nak melabur. Nak tahu risiko apa? jom semak artikel ini http://www.encikshino.com/bitcoin-ketahui-risiko-pelaburan-mata-wang-digital/
People global. Com wujud atau scammer?
Sejauh mana BitCoin satu penipuan…… Adakah BitCoin tidak wujud?….mengapa BitCoin di senarai di CoinMarketCap?……Mengapa 1,379 Coin disenaraikan…….. Apa hujah penulis keatas penyenaraian Coin2 ini…….. Atau penulis membuat kesimpulan atas tangkapan?… Apa motif tangkapan kes BitCoin?….Adakah tangkap berdasarkan org yg tidak bertanggungjawap mempergunakan cara yg salah? Atau Penulis mencari ulasan penangkapan menyalahkan BitCoin satu penipuan org yg tidak bertangjawap….walauapa pun kenapa BitCoin masih disenaraikan?…. agak musykit hujah penulis…
Yang salah bukan bitcoin tapi program yang bertopengkan bitcoin tu..
Masalahnya sekarang ramai yang ambik kesempatan menipu dengan menggunakan bitcoin sebagai sandaran. Ramai yang dah kena scam.. padahal buat skim tipu orang. Itu yang kita bantah sangat-sangat.
terlalu banyak system yg telah di program kan dan ujud di alam maya beserta menawarkan keutungan yg sangat lumayan.