Surat rasmi merupakan surat formal yang dibuat khusus untuk tujuan yang rasmi. Ia tidak boleh ditulis sesuka hati kerana ia mempunyai format tertentu, penggunaan bahasa yang betul dan tatabahasa yang sesuai. Format surat rasmi adalah selaras dan boleh digunapakai oleh semua individu, syarikat, sekolah atau agensi kerajaan bagi tujuan-tujuan rasmi. Antara tujuan rasmi yang menggunakan surat rasmi adalah surat permohonan pekerjaan, surat membuat aduan / bantahan / cadangan, surat membuat rayuan, surat meminta peruntukan / derma, surat jemputan rasmi, surat menempah barangan dan lain-lain lagi yang bersesuaian.
Surat rasmi adalah dokumentasi yang mampu dijadikan bahan rujukan apabila timbul sesuatu masalah atau perkara berbangkit. Ia bukan sahaja penting pada untuk digunakan sebagai rujukan ketika peperiksaan UPSR, PT3, SPM atau STPM, tetapi juga digunakan dalam kehidupan seharian. Setiap orang perlu tahu cara menulis surat rasmi yang betul. Sebagai contoh, sekiranya seseorang ingin membuat permohonan kerja, mereka perlu menyediakan surat permohonan kerja dengan format yang betul. Sekiranya format surat yang dihantar tidak sesuai, berkemungkinan besar permohonan kerja tersebut akan ditolak. Ia juga mencerminkan betapa seriusnya seseorang itu dalam permohonan kerja tersebut.
Begitu juga sekiranya menulis surat jemputan kepada dif-dif kehormat. Format surat jemputan sangat penting sebagai tanda penghormatan kepada seseorang. Gelaran dan pangkat perli disemak dan dipastikan betul. Jika tidak, pihak yang dijemput mungkin akan merasa tersinggung.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menggariskan panduan menulis surat rasmi menggunakan format yang betul. Untuk memudahkan anda, di sini dikongsikan beberapa contoh surat rasmi yang relevan sebagai rujukan. Bukan itu sahaja, contoh surat rasmi di dalam format Microsoft Word (.doc dan .docx) juga boleh dimuat turun secara terus di bawah ini.
Format Penulisan
Secara umumnya, asas penulisan surat rasmi adalah sama. Antara elemen yang perlu ada ialah:
- Tarikh Surat
Ia perlu ditulis pada bahagian paling kiri atas. Tarikh juga boleh ditulis selari dengan nama negeri pada bahagian alamat penerima. - Alamat Pengirim
Selang satu baris sebelum meletakkan alamat pengirim. - Permulaan Perkataan
Permulaan perkataan haruslah dalam huruf besar dan tanda koma perlu diletakkan di hujungnya. - Garis Melintang
Kemudian selang satu baris dan letakkan satu garisan panjang melintang. - Alamat Penerima
Tuliskan nama, jawatan dan alamat penerima dan setiap permulaan perkataan haruslah dalam huruf besar. - Kata Ganti Diri Penerima
Tuliskan kata ganti nama diri penerima seperti Tuan / Puan. Gelaran seperti Dato’ atau Datin juga boleh digunakan sekiranya berkenaan. Pasti gelaran yang digunakan tepat dengan penerima surat rasmi tersebut. - Perkara atau Tajuk
Perkara atau tajuk perlu ditulis dengan permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan. - Permulaan Kandungan
Mulakan penulisan kandungan menggunakan ayat yang merujuk kepada tajuk. Contoh ayat, “Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.” - Isi Kandungan
Seterusnya, selang satu baris, dan perenggan kedua dibuat. Untuk perenggan yang seterusnya, ia perlu mempunyai nombor perenggan serta tanda noktah yang dimulakan dengan nombor (2). - Penutup
Bagi penutup, berikan ucapan terima kasih dan penghargaan.
Contoh Surat Rasmi Kerajaan
Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JKT.ICT.1100-1 Jld. 1 ( ) Tarikh : 30 Oktober 2019 |
Pengurus TMpoint
Komplek Kristal,
Jalan Kolam Air,
05672 Alor Setar, Kedah
(u.p: Encik Hirman)
No. Tel: 013-411 8898
Tuan,
PERMOHONAN MENAIKTARAF TALIAN INTERNET DI MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sedang melaksanakan projek Live Streaming di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih seluruh negara dan memerlukan talian Internet yang pantas.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan dapat menaiktaraf talian sedia ada iaitu SDSL 1.5 Mbps kepada Unifi 100 Mbps di Majlis Bandaraya Alor Setar.
4. Selaras dengan pemasangan talian Unifi 100 Mbps ini, pihak kami juga memohon agar pihak tuan menamatkan talian sedia ada iaitu SDSL 1.5 Mbps (No. Akaun: A90025-123-15566).
5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Mohd Ramizan bin Darus melalui e-mail [email protected] atau no telefon 03-8888 1234.
6. Kerjasama tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(MOKHTAR BIN MALIK)
Pengarah
Bahagian Teknologi Maklumat
b.p. Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Salinan Kepada:
YBhg. Dato’ KP/JKT
YBrs TKP(P)/JKT
Contoh surat rasmi versi Word (Format *.doc / *.docx) boleh dimuat turun di sini: Contoh surat rasmi kerajaan (Versi Ms Word)
Format Surat Rasmi Yang Ada Melalui dan Salinan
Dalam keadaan tertentu, terdapat juga surat rasmi yang dialamatkan terus kepada pegawai penerima yang bukan ketua jabatan. Akan tetapi, ketua jabatan perlu mengetahui akan hal berkenaan penerima surat tersebut. Surat berkenaan hendaklah melalui ketua jabatan penerima berkenaan.
Contoh:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tingkat 7, Blok E7, Kompleks E,
Putrajaya
Melalui dan salinan kepada,
Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
Format Surat Rasmi Untuk Perhatian
Terdapat juga surat “untuk perhatian” yang mana ia dialamatkan terus kepada pegawai penerima yang bukan ketua jabatan. Namun begitu seperti sebelumnya, ketua jabatan perlu mengetahui akan perkara berhubung penerima berkenaan.
Penulisannya adalah seperti berikut:
- Tulis (u.p: nama pegawai) dan tidak perlu di’bold’kan tulisannya.
Contoh:
Nanti nak suruh Syafi refer sini lah..