Langgan newsletter kami!
Barakallah Fii Umrik Sanah Helwah

Maksud Sanah Helwah & Syafakallah

Orang Melayu memang suka meniru perkataan dalam bahasa Arab. Bahkan frasa yang simple dan mudah seperti ‘Sanah Helwah’ juga hendak di’arab’kan. Memang tak ada salahnya kita menggunakan bahasa Arab kerana ia adalah bahasa syurga. Tetapi sesetengah orang menggunakannya tanpa mengetahui maksudnya terlebih dahulu terutamanya di media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram dan Twitter.

Maksud Sanah Helwah

Jadi apa maksud Sanah Helwah? Frasa ini bermaksud..

  • Selamat Hari Lahir‘ atau ‘Selamat Hari Jadi’
  • Dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘Happy Birthday’ atau ‘Hepi Besday’ (ejaan media sosial)
  • Contoh penggunaan kata:
    sanah helwah sahabat

Secara bahasa, frasa ini merupakan kosakata bahasa Arab yang terdiri atas 2 kata, iaitu sanah dan helwah.

Sanah ini bermaksud tahun dan Hulwah / Helwa / Helwah pula bermaksud manis. Jadi, jika digabungkan menjadi tahun yang manis? Secara mudahnya ucapan ini menggambarkan kelahiran kita ke dunia ini merupakan keceriaan bagi ibu bapa, keluarga atau orang yang menyayangi kita dan disimpulkan sebagai tahun yang manis.

Ucapan sanah helwah ni boleh digunakan pada sesiapa sahaja antaranya sanah helwah untuk ayah, ibu, kakak, abang, adik, sahabat, suami, isteri dan sebagainya.

سنة حلوة
Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah.
Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan
Sanah Helwah. Uhibbuki Fillah.
“Selamat Hari Lahir. Sayang awak kerana Allah”
بارك الله في عمرك
Barakallah Fii Umrik
Semoga mendapat berkah dari Allah dalam usiamu

Sanah Helwah Happy Birthday

Ucapan ‘Barakallah Fii Umrik‘ pula adalah ‘Doa Ulang Tahun’ ringkas yang kebiasaannya dilafazkan bersama dengan ucapan Sanah Helwah. Jadi, jika ada sahabat handai mengucapkan ‘Barakallah fii umrik’ maka jawablah dengan mengucapkan ‘Wa fiika barakallah‘ yang bererti ‘Semoga Allah juga memberkatimu’.

Maksud Syafakallah

Begitu juga dengan perkataan ‘Syafakallah’. Jika anda mendapat berita tentang seseorang yang ditimpa masalah kesihatan atau sedang sakit, ucapkanlah ‘Syafakallah’. Ia membawa maksud ‘Semoga Allah memberikan kesembuhan untuk kamu’.

Jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, ia bersamaan dengan ‘get well soon’.

شفاكم الله/ شفاك الله/ شفاك الله
Syafakallah / Syafakillah / Syafakumullah
Semoga Allah Memberikan Kesembuhan Untukmu

Penggunaan kata Syafakallah juga ramai yang silap. Bukan semua orang kita perlu guna Syafakallah. Sebenarnya Syafakallah digunakan jika ucapan itu ditujukan untuk lelaki sementara Syafakillah pula digunakan jika ucapan itu ditujukan untuk perempuan. Namun jika jumlah orangnya lebih dari satu, menurut tatabahasa bahasa Arab, gunalah kalimat Syafakumullah.

Sebenarnya banyak lagi perkataan Arab yang telah kita Melayukan seperti La Tahzan, Zauj & Zaujah, Jazakumullah Khairan Katsiran, Akhi, Ukhti, Ikhwan, Akhwat dan banyak lagi. Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Sekian. Boleh share sekiranya bermanfaat.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: