Peribahasa merupakan suatu contoh gaya komunikasi berbahasa orang Melayu yang dapat menggambarkan kehalusan dan ketajaman akal budi orang Melayu ketika berbahasa. Peribahasa “sirih pulang ke gagang” merupakan salah satu peribahasa Melayu yang telah lama wujud tetapi masih lagi digunakan secara meluas pada kini.
Maksud Peribahasa
Sirih Pulang ke Gagang bermaksud kembali ke tempat asalnya. Namun begitu penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks, bukannya sesuai pada semua tempat.
Contoh Ayat
Bagai sirih pulang ke gagang. Selepas sedekad menabur bakti di luar negara, jurulatih badminton, Rosman Razak akan kembali semula ke tanahair untuk melatih pemain-pemain Malaysia bermula awal tahun depan.
Ulasan
Gagang bermaksud:
- hulu atau pangkal (keris, tembok, dll)
- pucuk ranting atau bayang pokok yang melata (melilit)
- tangkai (bunga, gayung, dll).
Dalam kosa kata bahasa Melayu, banyak perkataan gagang yang berpasangan dengan perkataan lain untuk menerbitkan bentuk frasa kata. Misalnya frasa gagang sirih (tangkai sirih), gagang pena (tangkai pena), gagang pistol (pemegang pistol), gagang cerek (pemegang cerek) dan gagang telefon (pemegang telefon).
blog yang penuh dengan info dan berita terkini. admin kekalkan momentum untuk di masa hadapan