Langgan newsletter kami!
Pelajar Sekolah Berjaya Exam

Ibu Kongsi Petua Jadikan Anak Pemalu Jadi Cemerlang Dalam Pelajaran

Status ini bukan untuk riak, jauh sekali nak canang kepandaian anak atau apa je tapi Eina sekadar nak berkongsi cara Eina buat untuk naikkan potensi Izzah. Cara mendidik anak minat belajar, bertambah cerdas dan cemerlang dunia akhirat.Slip Exam Cemerlang Izzah Badrina

Mesti nanti akan ada orang cakap.. “elehh, baru darjah dua jauh lagi perjalanan nak habis sekolah. Setakat darjah dua pon nak heboh nak gebang“.

Izzah waktu dulu masa tadika sangat introvert, sangat pendiam dan pemalu. Sampaikan guru kelas Izzah bagitau yang Eina kena buat sesuatu sebab tiap kali cikgu suruh bangun jawab soalan, dia senyap tak mahu bercakap.

Serious, mak mana yang tak risau kan. Susah hati tu pasti ada, lagi-lagi kita sebagai ibu yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak kita. Tugas tu bukan tugas guru semata-mata.

Lepas tu Eina start amalkan banyak tips parenting. Alhamdulillah memang nampak perubahan bila dia melangkah ke darjah 1 dan 2.

Tips Parenting Jadikan Anak Cemerlang

1. Tips yang Eina buat, Eina ajar Izzah untuk selalu buat kuasa bayangan atau ‘Law of attraction‘. Setiap hari sebelum tidur dan selepas solat subuh Eina akan suruh dia baca deklamasi sajak ‘Saya murid yang cemerlang’. Sajak tu Izzah sendiri yang tulis ikut apa yang dia nak. Memang nampak dia sekarang makin berani, dah bergaul dengan kawan-kawan, tahap keyakinan diri pun makin tinggi.

2. Setiap hari selepas subuh Izzah wajib baca Surah Yasin atau sekurangnya sehelai muka surat Al-Quran. Tak mengaji memang akan dirotan. Disekat dari tengok karton favorite kalau ulang kesalahan. Tahap ‘kebekengan” ibu adalah di skala 95/100.

3. Eina suruh dia untuk bergantung harap pada Allah Ya Rabbul Arsy Adzim. Apa saja yang Izzah nak, mintak saja dengan Allah. Hatta dia nak melancong naik flight pun Eina suruh Izzah mintak dengan Allah dulu. Dan Allah kabulkan doa dia nak jadi pengawas sekolah. Hari-hari dia sebut dulu. Ajar anak-anak untuk meminta-minta dengan Allah.

4. Bila nak exam Eina memang tak suruh dia ulangkaji kat rumah. Minggu exam pun dia main sesuka hati je. Rasa cam tak patut camtu kan tapi memang Izzah takde tekanan masa exam. Takde paksaan nak baca buku atau tidak.

Memang izzah kat rumah boleh dikatakan hampir sepenuh masa bermain. Cuma untuk waktu solat dan mengaji kena berenti bermain. No kompromi!

5. Sepanjang minggu exam tu memang Eina ajak Izzah baca Surah Yasin sama-sama setiap maghrib. Air bacaan Yasin tu beri diorang minum dan bawa masa exam. Terangkan kelebihan dan khasiat air bacaan Yasin. Sekarang habis je air Yasin mesti dia suruh buat lagi.

6. Setiap pagi masa diorang exam buat solat hajat dan berzikir 100x minta Allah lapangkan dada dan kuatkan ingatan dorang. Allahumma Ya Hadi (Yang memberi petunjuk).

7. Ajar anak-anak untuk bergantung harap dan berserah diri bulat-bulat pada Allah.

“Kalau kakak tak tahu jawapan, tak ingat kakak selawat banyak kali, sebut Ya haadi Ya Haadi banyak kali.” ni yang Eina pesan kat Izaah setiap hari.

Ni je yang Eina buat dan cuba untuk konsisten amalkan selepas ini. Tiada istilah ‘anak cerdik sebab mak ayah dia cerdik’. Walau kita tak cerdik tapi kita ada pilihan nak tentukan anak kita nak jadi camne. Sebab fitrah anak-anak seperti kain putih. Kita yang bertanggungjawab mencorakkannya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: FB Mazlina Muda

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: