Drama Cindai bakal menemui penonton di Slot Samarinda TV3 yang akan datang. Drama sebanyak 15 episod ini diterbitkan oleh JS Pictures dan menampilkan pelakon hebat tanahair iaitu Ayda Jebat dan Syazuwan Hassan.
Info Drama Cindai
- Epidos: 15 episod
- Tarikh Tayangan: 23 Disember 2019
- Waktu Tayangan: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
- Stesen TV: TV3 (Slot Samarinda)
- Idea Asal: Sari Hermawati
- Penulis Skrip: Markoto Kobota & Chinta Nadeesha
- Produksi: JS Pictures Sdn Bhd
- Pengarah: Azman Yahya
- Senarai Pelakon: Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Fatin Afeefa
Watak Pelakon Drama Cindai
- Ayda Jebat sebagai Cindai Reihana
- Syazuwan Hassan sebagai Iskandar
- Nazim Othman sebagai Amir
- Raysha Rizrose sebagai Yasmin
- Catriona Brian Ross sebagai Dato Seri Kalsom
- Niezam Zaidi sebagai Haniff
- Haeriyanto Hassan sebagai Rudy
- Ainina Ahmad sebagai Najua
Sinopsis Drama Cindai
Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Cindai (Ayda Jebat) yang menjadi gelandangan di kota raya. Dia juga menghidapi bipolar iaitu penyakit mental yang menyebabkan terjadinya perubahan mood yang ekstrem. Walaupun begitu, Amir sentiasa bersama Cindai. Amir setia bersama Cindai dan sentiasa berada di sisi Cindai di saat susah dan senang.
Cindai Reihana membesar di rumah anak yatim setelah kematian kedua ibu bapanya. Dia juga mempunyai kecacatan di mata yang menyebabkan dirinya sering disisihkan dan dibuli oleh rakan-rakan. Cindai membesar menjadi seorang pemberontak sehinggalah dia berjumpa dengan Iskandar, satu-satunya insan yang melayannya dengan baik. Dia mula jatuh hati. Namun, Cindai kecewa apabila mendapat tahu Iskandar sudah berkahwin. Dia kemudiannya tekad hendak memisahkan Iskandar dan Yasmin agar dia dapat memiliki cinta Iskandar.
Sumber: TV3 Official