Langgan newsletter kami!
7 Hari Mencintaiku 2

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 (TV3)

7 Hari Mencintaiku 2 adalah sebuah drama bersiri versi sekuel yang dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Wan Sharmila, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi. Drama ini adalah hasil adaptasi novel karya Siti Rosmizah. Ia akan bersiaran pada 2 Julai 2020 di Slot Akasia TV3.

Info Drama 7 Hari Mencintaiku 2

  • Episod: 33 episod
  • Mula Tayangan: 2 Julai 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Akasia)
  • Penulis Novel: Siti Rosmizah
  • Penulis Skrip: PGRs Team – Chinta Nadessha & Ainaa Hanez
  • Pengarah: Jamal Khan
  • Produksi: SR One Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Hariesa, Razzuan, Syaffiq Sahli, Sean Lee, Fadilah Mansor

Watak Pelakon

  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
  • Siti Saleha sebagai Mia Adriana
  • Kazar Saisi sebagai Pak Samad
  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha
  • Jasmin Hamid sebagai Hayati
  • Shaharuddin Tambi sebagai Dato Johari
  • Wan Sharmila sebagai Sofi
  • Syazwan Zulkifli sebagai Helmi
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Bil Azali sebagai Zaidi
  • Dhia Irdina sebagai Alisa
  • Puteri Rafasya sebagai Kenit
  • Faye Kusairi sebagai Syakila
  • Idris Mat Diah sebagai Pak Andak
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak
  • Hariesa sebagai Nurul Ain
  • Razzuan sebagai Fariz
  • Syaffiq Sahli sebagai Jali
  • Sean Lee sebagai Adam
  • Dhia Irdina sebagai Alisa
  • Puteri Rafasya sebagai Kenit
  • Razzuan sebagai Fariz
  • Shamielya sebagai Azura

Lagu Tema / OST

Aku Bidadari Syurgamu – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 2 (Versi Novel)

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.”

Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”

Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!”

Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”

Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!”

Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.”

Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Sumber: Drama Sangat Official

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: