Di Hujung Ranting adalah sebuah drama bersiri hasil adaptasi novel bertajuk karya Indah Khairani dan digarap semula oleh penulis skrip terkenal, Wan Mahani Wan Hassan.
Drama ini akan ditayangkan melalui Slot Selekta Prima di TV2 RTM. Tarikh tayangannya adalah dijangka pada bulan Ramadan tahun depan. Drama sebanyak 30 episod ini diarahkan oleh pengarah berkaliber, Along Kamaludin dan dibintangi oleh nama-nama besar seperti Shukri Yahaya dan Nad Zainal. Selain itu, antara pelakon lain yang turut memeriahkan drama ini ialah Dayang Areeda, Amar Asyraf, Umar Dzariff, Aishah Atan, Aida Khalida, Fazlina Ahmad Daud, Zoey Rahman, Arash Mohd, Afzan A Rahman, Silfeny Osman, Jovi Heng dan Joyce Harn.
“Mudah berlakon dengan mereka, tapi saya perlu ‘guide’ juga supaya tak lebih atau terkurang. Dalam erti kata lain, tak nak mereka tersasar jauh. Kadang-kadang kita nampak okey, tapi sebenarnya apabila bercakap mengenai watak, pengarah kena ‘guide’. Kalau boleh, saya tak nak mereka stereotaip. Jadi, di sini peranan saya sebagai pengarah.”
“Cuma, apabila bercakap soal bekerja, mereka sangat ‘memberi’. Mereka sudah tahu dan faham kehendak skrip dan watak. Mereka tak menyusahkan, berdisiplin dan tidak perlu diajar” – Along Kamaludin
Info Drama Di Hujung Ranting
- Episod: 30 episod
- Tarikh Tayangan: 24 April 2020
- Stesen TV: TV2 RTM (Selekta Prima)
- Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
- Penulis Novel: Indah Hairani
- Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
- Pengarah: Along Kamaludin
- Senarai Pelakon: Shukri Yahaya, Nad Zainal, Amar Asyraf, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohd, Silfeny Osman, Dayang Areeda, Khalida Balqis, Aida Khalida, Zoey Rahman, Ummar Dzariff, Aishah Atan
Watak Pelakon
- Shukri Yahaya sebagai Amar
- Nad Zainal sebagai Mawardah
- Amar Asyraf sebagai Hakim (Abang Amar)
- Dayang Areeda sebagai Fatin
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Fatimah (Ibu Hakim)
- Arash Mohd sebagai sebagai Datuk Hashim
- Ummar Dzariff sebagai Amar Hakimi
- Afzan A Rahman sebagai Helmi
- Silfeny Osman sebagai Syuhadah
Sinopsis Drama Di Hujung Ranting
Mengisahkan tentang konflik perhubungan kekeluargaan dan percintaan apabila Amar jatuh cinta pada Mawardah, namun dipendam sahaja. Abang kepada Amar iaitu Hakim pula bercerai dengan Fatin.
Semasa dalam idah, ibu Hakim iaitu Datin Fatimah telah mengahwinkan Hakim dengan Mawardah. Malangnya, Fatin yang licik, berjaya menggoda Hakim dan mereka telah rujuk kembali.
Akhirnya, Mawardah menjadi isteri kedua yang diabaikan kerana Fatin menjadi dalang penderitaan Mawardah. Hanya Amar yang sentiasa menyokong Mawardah. Apakah kesudahan konflik ini?
Rujukan: Hmetro