Langgan newsletter kami!

Cara Pilih Tembikai Yang Manis Dan Sedap

Saya yakin kita semua pernah makan buah tembikai, namun tahukah anda bagaimana memilih tembikai yang manis, sedap dan berkualiti? Di bawah ini saya kongsikan sedikit petua memilih tembikai yang terbaik.

Pengenalan Buah Tembikai

Buah Tembikai ataupun Watermelon ataupun dikenali juga dengan nama semangka adalah buah yang sangat popular di Malaysia. Ia sesuai dijadikan pencuci mulut dan juga sedap dibuat jus. Asal buah tembikai atau juga dikenali dengan nama Timun Cina di Pantai Timur, adalah dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.

Bila kita sebut tembikai, maksudnya di sini adalah merangkumi tembikai merah dan tembikai kuning tetapi bukan tembikai susu. Buah tembikai ataupun nama botaninya, Citrullus lunatus sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat antaranya dapat mengubati masalah ginjal dan melawaskan salur kencing.

Petua Pilih Tembikai Manis

Cara Memilih Buah Tembikai Yang Manis

1. Tembikai yang belangnya lebih rapat di bahagian bawah adalah lebih baik kerana mempunyai kulit yang lebih nipis.

2. Tembikai yang mempunyai tangkai yang berlingkar lebih manis isinya.

3. Tembikai yang mempunyai warna belang yang lebih gelap lebih manis isinya.

4. Tembikai yang mempunyai belang yang sekata dan simetri antara kiri dan kanan adalah lebih baik.

5. Tembikai yang nampak lebih berat berbanding dengan saiznya adalah lebih baik.

6. Pilih tembikai yang mempunyai kulit yang licin dan seakan berkilat, menunjukkan ia telah masak sepenuhnya. Buah tembikai yang permukaannya agak kasar menunjukkan buah tersebut masih belum masak sepenuhnya.

7. Akhir sekali, cuba anda tepuk atau jentik perlahan-lahan dengan jari buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, maknanya ia sudah masak dan elok isinya.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: