Langgan newsletter kami!
Bakar Daging

Cara Mudah Melembutkan Daging

Bagi yang suka makan daging, pastinya anda perlu mengetahui bagaimana cara untuk melembutkan daging. Daging yang liat dan keras sememangnya akan membantutkan selera makan.

Jadi di sini kami kongsikan tips dan cara untuk anda menikmati daging yang lebih lembut dan lazat.

Cara Melembutkan Daging

  1. Ketika proses merebus atau memasak daging, masukkan sebatang sudu kecil ke dalam periuk. Tujuan sudu ini adalah untuk menyerap lebihan haba dan seterusnya membantu proses melembutkan daging.
  2. Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau air rebusan daging agar daging menjadi lebih lembut.
  3. Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Kedengaran sedikit pelik bukan? Petua ini biasa diamalkan di majlis kenduri yang mana anda perlu memasak daging dalam kuantiti yang banyak.
  4. Tips melembutkan daging yang seterusnya adalah, masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan. Anda juga boleh menggantikannya dengan buah betik muda. Pastikan anda kupas dahulu kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.
  5. Kepingan tempe juga boleh digunakan untuk melembutkan daging terutamanya ketika memasak gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan ia masak bersama-sama.
  6. Sebelum memasak daging, perap dahulu daging dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Kemudian toskan hingga kering dan masak daging itu seperti seperti biasa. Pastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika daging itu hampir menggelegak.
  7. Gunakan beberapa keratan batang ubi kayu yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam periuk hanya ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan angkat kemudian asingkan batang ubi kayu tersebut.
  8. Gaul daging bersama tepung terlebih dahulu dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
  9. Tumbuk lumat buah keras dan masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Insyallah daging akan jadi lebih cepat empuk.
  10. Rendamkan daging yang sudah siap dipotong dengan tepung gandum atau tepung jagung untuk seketika sebelum dimasak.
  11. Gunakan daun pisang yang dicarik-carik dan masak sekali bersama daging.
  12. Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain menjadi lebih empuk, daging juga akan menjadi lebih ‘berlemak’ dan enak kerana telah diserap oleh santan.
  13. Ambil biji kopi dan perap bersama daging. Daging yang diperap dengan kopi akan memiliki aroma yang lebih sedap ketika dimasak.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: